JULIETTE AND POTATO BOY (CHAPTER 5)

Mereka berhenti untuk membeli di gerai-gerai kecil. Ayam bakar yang dipotong halus dan kentang fries panas dibeli. Cuma Juliette yang mempamerkan dirinya. Dia menegah Asiv keluar dari baju halimunan. Semasa membeli, mata Juliette meliar membaca riak-riak wajah manusia lalu-lalang berdekatan dengannya. Dia lega kerana tiada satu pun mata yang begitu ragu melihatnya depan mata. dia turut risau sekiranya dia juga dikhabarkan pernah hilang sebelum ini. Seingatnya, ibu bapanya yang menghantarnya ke Greenrich tanpa rela. Tetapi, dia terkejut besar apabila Asiv memberitahu bahawa dia dibawa ke masa lalu. Remuk redam hati Juliette menerima hakikat kebenaran itu.

Memori tentang Forestville, tanaman sayuran, kentang dan nenek atuk takkan pernah sirna dalam ingatannya. Sedih kerana dia terpaksa meninggalkan dunia yang dia pernah selesa berada di dalamnya. Rupanya ia ibarat mimpi yang panjang saja. Mimpi tentang masa lalu. Bertemu dan tinggal dengan nenek atuk yang baik hati dan penyayang. Ia takkan mungkin berlaku lagi dalam hidupnya. Ibu bapanya bukanlah penyayang, jauh sekali mahu memberi perhatian yang cukup kepada dia yang bongsu.

Juliette mempunyai abang. Tetapi, seingatnya, abangnya itu menjadi ketua tentera Etherland. Sibuk benar abangnya dengan ketumbukan ketenteraan. Entah apa khabar abangnya sekarang.

Dia mengambil laluan lorong yang agak tersorok dari khalayak ramai. Kota Etherland begitu meriah walaupun malam sudah menjelma. Juliette mengagak bahawa jam mungkin sekitar dalam pukul Sembilan malam. Kerana itu, ramai yang mencari makan seperti mereka.

“Asiv.” Bisiknya.

Asiv yang menyorok terus membuka kepala hoodie. Dia menghidu dalam-dalam makanan yang dibawa oleh Juliette. Mereka makan malam bersama di bawah cahaya rembulan yang masuk di celah lorong yang tidak bertutup itu. setelah makan, mereka minum dari bekas buluh berbentuk panjang bulat itu. Mereka menyandar sambil mendongak ke langit yang diterangi bulan purnama.

“Kau ada tak orang yang dipercayai untuk rawat sakit aku ni?”

Juliette pandang Asiv. Dalam kepala, dia mencongak. Beberapa saat, dia menggeleng perlahan.

“Boleh rawat tu ramai, tetapi terpercaya tu, hmm susah nak cakap. Lagi-lagi pulak awak kena buru oleh parents awak sekarang ni. mesti ramai yang akan ambil kesempatan.”

Asiv menghela nafas panjang. “Hah. Aku ni bukan reti sangat jadi nomad.” Dia mentertawakan diri sendiri. Nama saja jantan, tapi langsung tidak kental. Kuat pulak merajuk sampai sanggup duduk dalam kentang.

Juliette diam memerhatikan wajah Asiv. “Tapi saya pasti, kita akan dapat cari jalan keluar untuk sakit kau ni. Cuma kita perlu percaya satu sama lain.”

Terkedu Asiv. “Kau rasa macam tu?” dia tatap anak mata Juliette.

Juliette angguk yakin. Asiv tersenyum kecil. Pipi gadis itu dicubit. Terkebil-kebil Juliette dengan tingkah lelaki itu.

“Kau ni sweet talker la, Julie.” Asiv buat-buat tersipu. Berkerut dahi Juliette. Dia tayang wajah blurr. Asiv ketawa kuat. Haih, budak ni la.

“Betullah, kan? Kita pasti ada jalan keluar untuk rawat sakit awak yang tak ternampak ni. Awak rasa sakit di mana?”

Asiv merenung dalam anak mata hazel Juliette. Tangan gadis itu dicapai lalu ditekap ke dadanya. “Di sini sakit. Sangat.”

Juliette terpegun.

“Kau boleh rawat aku tak? Aku nak kau yang rawat aku… sebab dada aku dah parah sangat sekarang ni. Hati aku dah jatuh ke dalam sangat…”

“Dalam mana?” Juliette melayan drama Asiv.

“Dalam lubang cinta.”

Juliette terus menepuk kuat dada Asiv. Asiv terus mengaduh sama kuat dengan tepukan gadis itu. Aduh, berbisa!

“Ei gurau sikit pun salah!” Asiv menggerutu sebal. Dia mengurut-urut dadanya yang terasa sakit dihentam tapak tangan Juliette.

“Saya rawat la tu tapi dengan cara tepukan keras macam tu. Biar elok terus hati tu balik. Duduk kembali dalam soket badan.” Perli Juliette.

Asiv memuncungkan bibir. Juliette menjelingnya padahal jantungnya sudah berlari kerana kata-kata Asiv sebentar tadi. Panas wajah namun dibiarkan saja.

“Tadi, aku dengar… sekarang ni Greenrich tengah bersedia untuk menyerang Etherland. Tetapi, Collide cuba menenangkan Greenrich. Kerana alasan peperangan tidak munasabah untuk diteruskan. Selagi ada jalan perdamaian, Collide minta Greenrich fikir masak-masak.” Luah Juliette.

Asiv diam. Aral topik yang berubah membuatkan jiwanya juga berubah serabut. Hilang ketenangan sebentar tadi. Dia maklum akan hal itu kerana ada ramai tentera dan pegawai kota Etherland yang berjaga di situ bersembang mengenai perkara tersebut. Dia tahu, bahawa peperangan yang bakal tercetus itu adalah kerana hubungan mereka yang tidak direstui oleh Kerajaan Etherland.

“Kau betul-betul dah lupa, kan Julie?”

Juliette pandang Asiv.

“Peperangan tu mungkin memang akan berlaku. Ia adalah kerana kita.”

Juliette tergamam.

“Hubungan terlarang antara puteri Etherland dan wizard bangsawan Greenrich.” Lirih suara Asiv.

Retak dinding hati Juliette. Dia mengetap bibir. “Jadi, maksudnya kita memang tak ada ha—”

Bibirnya terkunci dek jari telunjuk Asiv yang menekan lembut. Tajam tenungan lelaki itu. pandangan mereka berlaga. Juliette dengan riak sedih manakala Asiv yang penuh dengan harapan.

“Aku akan cuba guna kuasa aku untuk halang benda ni berlaku. Atau jalan paling mudah, kita melutut depan parents kau demi restu mereka.”

“Tak boleh ke kalau tak ada restu mereka?” kecil suara Juliette, polos.

Asiv tersentak. “Kalau tak ada restu mereka, aku takut hidup kita huru-hara selepas itu. Restu mereka penting sebagaimana pertabalan seorang putera menjadi pemangku raja, Julie. Aku tak nak buat main perkara macam ni.”

Juliette mengemam bibir. Akan terbukakah hati kedua ibu bapanya kalaupun melutut?

“Kalau guna kuasa awak, tak ke awak kehilangan upaya selepas ni sebab sakit yang ini pun kita belum dapat rawat lagi.” Juliette gusar memikirkan sakit Asiv.

“Kalau macam tu, rawat aku. Kau belajar herba bunga kan? Kau dah graduate dari Gordon Hill dahulu seingat aku.” Pinta Asiv. Dia tahu Juliette seorang yang mahir menggunakan herba menjadi ubat namun gadis itu penuh dengan keraguan dalam hati dan mindanya. Entah kenapa gadis itu perlu berfikir yang bukan-bukan walaupun sudah habis belajar. Siap ada acuan herba sendiri. Tetapi, sayang tidak digunakan.

Juliette menggeleng. “Ibu bapa aku tak nak aku jadi herbalist.”

“Aku tak kata kau perlu jadi herbalist. Aku nak kau rawat aku aje, Julie. Please. Kita tak ada cara lain lagi. Semua orang kita tak boleh percayakan. Aku nak kau rawat bahagian sihir aku aje. Luka dalaman aku banyak tapi aku tak rasa. Cuma bila aku pakai kuasa barulah terasa sakit luka tu. Tolong, sembuhkan dalaman aku yang pernah dibakar dulu Julie.” Pintanya lagi. Kedua tangan Juliette digenggam.

Gadis itu nampak keliru.

“Kenapa kau ragu-ragu?”

Juliette menarik semula tangannya. Dia menggeleng. “Saya tak boleh, Asiv. Saya—takut awak keracunan herba yang saya bancuh. Saya tak tahu tahap keberkesanan sesuatu herba bila saya bancuh. Saya cuba pada tumbuhan tetapi semua result tak sama. Kadang-kadang, ada herba bunga yang saya tak kenal yang merupakan racun. Saya—walaupun habis belajar tetapi kami jarang turun melakukan pratikal. Banyak cuma teori aje, Asiv sebab belajarnya di Greenrich bukan Etherland.”

Asiv terdiam. Juliette menunduk.

“Saya takut belajar kat Etherland sebab nanti orang akan bagitahu pada mak ayah saya. Sebab tu saya memilih untuk belajar di Greenrich yang cuma banyak teori mengagungkan herba bunga, memetiknya lalu layu kerana tak semua orang ada kuasa untuk membuatkan ia hidup lama.”

Perkara menarik herba bunga Etherland adalah apabila ia dipetik, selagi ia berada dalam wilayah Etherland, Ia akan kekal segar. Keluar saja ke tempat lain, ia akan terus melayu dan kering. Baunya juga akan menghilang ditelan angin begitu saja.

“Jadi, kenapa bunga dalam pasu hari tu boleh tumbuh mekar?”

“Saya minta nenek atuk hidupkan ia.”

Bahu Juliette terus dipegang kejap. Dia terkejut melihat wajah teruja Asiv.

“Maksudnya, kau pun boleh gunakan kuasa kau, Julie! Kau pun ada kuasa luar biasa! Just try it! Try me! I can be your lab rat.” Bahu Juliette digoncang-goncang. Begitu bersemangat Asiv terhadap dirinya.

Juliette menelan air liur. Dia seakan terjeda. Kalau nenek atuk ada kuasa, tentu ibu bapanya juga ada. Dan pastilah akan menurun pada dirinya. Bukankah sepatutnya begitu?

Melihat gadis itu masih penuh dengan ketidakyakinan dirinya, Asiv menepuk dadanya sendiri. “Tadi kau pukul dada aku. sekarang aku tak rasa dada aku sakit dah. Betul. Tak ada dah sakit berdenyut yang mengganggu fikiran aku sebelum ni. Dada aku menjadi lebih ringan.”

“Awak gurau pasal tu kan?”

“Yang lubang cinta tu aku gurau aje. Tapi sebenarnya dada aku masih sakit sebab terbakar hari tu. Cuma, sekarang, aku boleh tarik nafas panjang-panjang dan hembus dengan baik sekali. Right after you slapped my heart.”

Juliette terkedu. Dia menatap telapak tangannya. Benarkah aku juga punya kuasa seperti nenek atuk?

“Please, Julie. You are the first and last person that can help me out.”

Juliette angguk. Dia mulai nampak yakin.

“Ba—”

“Cari dia! Gadis tu mesti ada di sekitar sini lagi. Dia takkan dapat pergi jauh.”

Tapak kaki yang berlari ke sana sini mengejutkan Juliette dan Asiv. Mereka segera berbungkus dalam hoodie halimunan. Kelihatan samar-samar pegawai istana berlegar di ruangan lorong yang direhati oleh mereka.

“Tengok ni. ada sisa manusia makan. Macam portion untuk dua orang.” Bekas makanan dibelek-belek. Pegawai itu kembali bangun dari menjongkok.

“Bekas ni macam baru habis dimakan aje.”

“Jom, pergi! Agaknya dia tahu kita memburu dia!”

Juliette merapatkan dirinya ke dinding. Asiv menolak tubuhnya. Cuba melindungi gadis itu walaupun ternyata pegawai itu tidak nampak mereka. Tubuh Juliette terasa menggeletar sehingga lembik lututnya. Ketakutan menyelubungi segenap tubuh. Asiv segera memeluk pinggang gadis itu. Dia cuba menenangkan Juliette dengan mengusap belakang tubuhnya.

“I’m here. Don’t worry.” Bisik Asiv. “I’ll protect you with all I have, Julie.”

Juliette memeluk erat Asiv bersama debaran yang menggila. Kini, giliran dia pulak yang diburu.

…………………..

Malam ketiga mereka di bumi Etherland. Mereka tidak perlu gusar kerana hoodie pemberian nenek begitu berguna untuk menyorokkan diri. Namun, mereka sedaya upaya menyembunyikan diri dari khayalak ramai. Tempat yang agak jauh dari kota itu dituju. Dekat dengan sungai terbuang. Sungai yang bernama Schill itu dekat dengan Gunung Furq. Atas permintaan Juliette, mereka tinggal di sana buat sementara waktu. Nasib mereka begitu baik kerana sungai yang dinamakan sebagai terbuang itu tiada yang berani mahu menjejak kaki ke sana dek famous dengan manusia yang membuang sihir jahat.

Asiv memeluk tubuh erat. Baju kulit biri-biri ditarik rapat ke dada. Sempat dia merembat baju tersebut di ampaian entah siapa sebelum menjejak kaki ke Schill. Pelbagai barangan lain mereka dapatkan secara mencuri. Timbul pergaduhan dengan Juliette yang begitu jujur. Gadis itu sungguh marah apabila melihat Asiv mengambil hak orang. Tapi, nak buat macam mana? Hidup manusia berpindah-randah seperti mereka memaksa Asiv untuk bertindak sedemikian. Walaupun dia sendiri ralat dengan perbuatan sendiri. Boleh saja kalau Asiv mengutus surat kepada kakaknya untuk meminta tolong tetapi, selagi dia mampu berusaha sendiri, dia akan usaha sehabis daya.

Langit malam yang bersinar dengan beberapa butir bintang ditatap dalam oleh Asiv. Juliette sudah lama beradu dalam kabin. Dia melepak berseorangan di tepi sungai Schill. Terlintas dalam fikirannya, sampai bilakah mereka hidup secara bersembunyi seperti ini? Bilakah akan datang masanya, mereka akan bertemu dua mata dengan ibu bapa masing-masing?

Asiv menghela nafas berat dan panjang. Tubuhnya terasa ringan setelah satu malam dirawat oleh Juliette. Berbuih mulut dia memberi sokongan padu kepada gadis yang tiada keyakinan itu. Takut sangat dia akan teracun oleh herba buatan tangannya padahal sekarang, Asiv elok saja bernafas. Siap melakukan sihir dengan membuat kabin kecil yang terlindung dari mata-mata manusia lain di sebelah sungai.

Asiv membelek kedua tapak tangan. Dia berharap herba yang ditelannya itu cukup menampung kesembuhan dalaman dirinya. Dalam hati, terselit sedikit kegusaran akan keberkesanan herba dari hujung kaki Gunung Furq itu tidak akan bertahan lama. Kalau itu yang terjadi, terpaksalah mereka mencari pawang herba khas di Butterwitch untuk mengubati secara total akan kecederaan Asiv.

Sedang Asiv termenung ke permukaan sungai Schill yang mengalir tenang, tetiba air itu berkocak ibarat ditiup sesuatu. Asiv mengerut dahi. Ada pencerobohan ke? Kepala Asiv terdongak, melilau ke sana sini dengan pandangan yang ditajamkan.

Asiv terpegun tatkala melihat seekor burung yang begitu dikenalinya bertenggek elok di sebelah batu besar. Wajahnya berubah ceria dan teruja.

“Brown!”

Dia melipat lengan seraya burung hantu itu berbunyi dan melompat ke lengannya. Kepalanya bergerak-gerak ke kiri dan kanan.

“Kau datang sini! Macam mana kau tau aku ada kat sini?”

Brown mengerdipkan matanya tiga kali. Tahulah Asiv bahawa ada utusan surat berikat di kaki kiri haiwan itu. Asiv segera menanggalkan tali ikatan. Surat yang bergulung kecil dibaca.

‘Stay safe Asiv. Kakak akan datang. Wait for me.’

Senyuman Asiv melebar. Surat itu digenggam erat lalu dia mengembangkan semula telapak tangannya. Bau asap wangi perfume kakaknya meruap ke udara. Bau yang menenangkan naluri Asiv. Terima kasih kakak!

“Terima kasih, Brown!” Kepala Brown diusap-usap kasih. Brown yang seronok dibelai oleh tuannya terus mematuk manja jari Asiv. Asiv ketawa kecil dek geli dengan perbuatan Brown.

“Kau nak jumpa Julie, Brown? Masih ingat kat Julie tak? Kekasih aku sejak aku mengembara ke Etherland dulu.” Asiv tertawa sendiri. Brown mengelipkan mata sambil mengembangkan kepaknya. Dia berjalan-jalan di lengan Asiv. Tindakannya itu kerana jengkel dengan kata-kata Asiv.

“Kurang asam kau Brown! Tak nak dengar kisah cinta aku. Haip. Kasi mandi kau kat sungai ni baru tahu!” Asiv meleter Brown. Burung itu pantas berjalan lebih laju ke lengan sehingga ke bahu Asiv. Akhir sekali, dia bertenggek terus di kepala Asiv, tanda protes dengan ugutan Asiv.

Asiv ketawa. “Masih tak berubah kau ni, Brown.” Tempelaknya. Benci sungguh Brown dengan air.

Brown turun semula ke bahu Asiv. Dia menunduk lama lalu mengeluarkan satu bunyi yang bermaksud dia perlu pergi. Asiv mengangguk. Brown terus terbang meninggalkan Asiv. Ekor mata Asiv menatap figura burung itu sehingga ia hilang dari pandangan.

“Jumpa lagi, Brown.”

~Update next day~

Comments

Popular Posts