JULIETTE AND POTATO BOY (CHAPTER 6)

 Bau ikan bakar meruap ke udara. Asiv mengipas asap api menggunakan daun lebar kering. Seketika, ikan diterbalikkan. Juliette sibuk membuat minuman. Cawan besi besar yang direneh airnya terus diletakkan beberapa helai kelopak bunga khas—yang beraroma wangi, menyembuhkan dan ringan rasanya.

“Saya tak tega nak ambil dua cawan ni. Jadi, kita kongsi aje la ya.”

Asiv pandang Juliette. Senyuman nakal terhias di bibir. “Bagus betul kau ni. betul-betul dah sedia menjadi bini aku.” usiknya.

Pipi Juliette merona. Matanya menjeling Asiv yang sibuk mengipas asap api. Kata-kata Asiv tidak diambil pusing. Dalam fikiran, dia cuba mengingati semula momen mereka bercinta dahulu. Adakah Asiv juga suka mengusik seperti ini? Atau dia bukanlah Asiv yang sekarang? Dan bagaimanakah hubungan mereka sehingga mendapat tentangan daripada ibu bapanya sendiri?

Juliette yang tetiba mengeluh membuatkan Asiv terkejut.

“Aku gurau sikit pun kau nak marah ke?” Kening Asiv terjongket sebelah. Juliette angkat wajah.

“Bukan tulah.”

“Dah tu? Kau mana pernah mengeluh walau keadaan begitu teruk sekalipun. So, why now?”

“Saya tertanya, sejauh mana hubungan kita sampai—ibu bapa saya menghalang kita berdua?”

Asiv terdiam sejenak. Ikan yang sudah masak dia letak atas pinggan kertas yang bersih. Hanya itu sarapan dan makanan tengah hari mereka. Itupun sudah memadai memandangkan Juliette sudah terbiasa makan hanya sedikit. Hidupnya sekadar untuk mengambil yang cukup-cukup untuk dimakan. Semasa di Forestville, gadis itu juga begitu. Dia tidak tega makan banyak kerana takut tertidur pulas. Itu alasannya la. Tetapi, Asiv tahu Juliette tidak sanggup makan banyak dek risaukan orang lain tidak cukup. Hati gadis itu begitu polos. Hidupnya cukup sederhana.

“Makan dulu, Julie.”

Juliette menurut. Mereka menyantap ikan bakar bersama-sama. Sesekali, tangan mereka serentak mencapai telinga cawan. Tak memasal ada sketsa tarik-menarik cawan. Tawa mereka pecah. Perangai mereka salin tak tumpah seperti kanan-kanak yang berebut minuman.

Usai menyantap sarapan, mereka senyap seketika. Juliette terlebih dahulu mengurus dan membersihkan segala apa yang telah dimakan.

“Kau kumpul satu tempat. Nanti aku hilangkan bukti.” Pesan Asiv. Dia menghabiskan baki air minuman bunga. Bekas bibir Juliette dicari. Main agak saja. Lalu, diminum pada tempat yang sama. Matanya mengerling ke arah Juliette yang membasuh tangan di tepi sungai. Gadis itu merendam kaki ke dalam sungai yang mengalir sejuk. Walaupun matahari sudah naik ke kepala, cuaca di Etherland yang terkenal dengan suhu sejuk-sejuk suku begitu mendamaikan. Tidak perlu mereka menghadap sakit kepala seperti cuaca di Greenrich yang biasanya panas selalu.

Asiv mendekati Juliette. Dia turut sama merendam kaki. Terlebih dahulu, seluar digulung hingga ke lutut. Barulah dia duduk di sebelah gadis itu.

Juliette diam sambil menggerakkan kakinya dalam air. Begitu jelas kelihatan kaki mereka dalam air dek bersihnya sungai Schill itu. Wajah gadis kelahiran Etherland itu terlindung kerana rambut kuningnya yang jatuh ke sisi. Namun, Juliette tidak mengusik helaian rambutnya. Dia selesa begitu.

Tangan Asiv bergerak, menolak helaian itu lalu diselit ke telinga Juliette. Juliette tersentak. Mereka saling berpandangan.

Juliette menarik rambutnya, dikemaskan. Disikat-sikat menggunakan jari. Wajahnya berona. Takut rambutnya mendatangkan ketidakselesaan pada Asiv. “Maaf, serabai pulak saya.” Gumamnya.

Asiv membawa tapak tangan ke hidung. Mengambil bau aroma rambut Juliette yang melekat di situ. “Wangi aje. Aku suka. Ia mengingatkan aku kepada Julie yang kecil, yang memeluk aku masa aku jadi kentang dulu. Kau gomol-gomol aku macam kucing. Masa tu, rambut kau bau nilah, bau mythief. Sama macam Julie si ikal kuning dewasa, kekasih aku. Melalui bau tu, aku tahu kau adalah orang yang aku cari.”

Merah wajah Juliette. “Aaa—diam.” Mulut Asiv mahu ditutup namun Asiv menolak tangan Juliette. Dia tersengih nakal melihat wajah Juliette.

“Aku suka mythief. Kau kata kau kena mencuri untuk mendapatkan mythief seperti namanya. Dan, bau itu yang mencuri perhatian aku semasa kau enak makan fries di kedai tepi jalan dulu.”

Juliette tidak tahu nak letak muka di mana. Bicara Asiv mengenai kisah mereka yang samar-samar dalam ingatannya membuatkan dia bersemu malu mendengarnya semula. Versi lelaki itu lebih kepada mengusik jiwanya dan dia tidak betah melawan rasa segan yang menebal apabila mendengar dari POVnya.

Asiv tersenyum melihat Juliette yang tersipu di sebelahnya.

Jeda.

Tetiba Asiv mencapai jemari Juliette. Digenggam erat. Juliette memandang genggaman tangan mereka sebelum naik ke wajah lelaki itu. Roman wajah itu berubah serius. Tiada lagi senyuman dan sengihan mengusik seperti tadi.

“Listen up, Juliette. Aku dah lama pendam hal ini. Aku tak tahu waktu bila sesuai untuk meluah semua ini pada kau. Aku harap— selepas aku cakap semua benda ni, kau tak bencikan aku, jauh sekali nak menjarakkan diri dari aku.”

Asiv menatap dalam anak mata Juliette yang jelas terpaku dengan kata-katanya. Dada Juliette berdebar kencang. Tangannya yang menggeletar digenggam lebih kemas oleh Asiv. Juliette menundukkan wajah. Asiv tahu benar kalau dia gelisah.

“Tolong jangan pergi dari aku, selepas kau ketahui semua hal ini, Julie. Aku mohon. Boleh kan?” pinta Asiv.

Juliette terdiam. Tidak merespon. Geleng tidak, angguk juga tidak.

“Jangan lepaskan tangan aku, lepas aku bagitahu semua ni. Please, Julie.” Asiv merayu, dia menelan air liur yang terasa kesat. Dalam hati, dia nekad mahu membuka segala rahsia yang selama ini tersusun rapi dalam diri. Lebih baik menyesal sekarang, daripada menyesal kemudian.  Respon Juliette ditolak tepi. Kebenaran harus disingkap sesegera mungkin. Mungkin selepas ini, tiada lagi peluang meluah sesi hati ke hati dengan Juliette.

Akhirnya, Juliette pandang wajah Asiv. Kepala diangguk kemas. Tatapan matanya berkilauan—tanda dia mempercayai ketulusan hati Asiv yang ingin bercerita.

“Kau tanyakan tadi, macam mana hubungan kita sebelum ni? Sebenarnya, aku…” Asiv terhenti sejenak. Dia menelan air liur. Dadanya tetiba berdebar tanpa dipinta. “Semua salah aku.”

Juliette tersentak.

“Mak ayah kau tak restui hubungan kita kerana kita terlalu muda ketika itu. dan aku, tak beri keyakinan yang jitu terhadap hubungan kita. Aku merosakkan harapan tinggi mak ayah kau. Dan aku membenarkan apa yang mereka fikir itu adalah betul—bahawasanya Asiv bukan anak harapan wizard bangsawan Greenrich. Perangai aku terlalu hanat ketika itu. Aku belajar wizard di sekolah terkemuka tetapi aku menyalah gunakan sihir yang aku ada. Aku banyak mencabar Collide untuk beradu sihir. Aku berlagak hebat dengan ilmu cetek yang aku miliki. Tetapi aku lupa bahawa dalam darah daging aku, sifat ilmu sihir itu autentik dan bila-bila masa saja parents aku boleh stopkan. Sebelum aku sedar hal itu berlaku, aku terus menyumpah diri aku menjadi kentang. Duduk dalam kentang entah berapa lama.

Aku refleksi diri aku semasa berada dalam kentang. Aku taklah jadi kentang, cuma aku hidup di dalamnya buat sementara waktu. Aku merajuk dengan parents aku yang merendah-rendahkan kredebiliti aku sebagai anak bongsu, yang tak peduli akan kewujudan diri aku. Aku juga marah dengan diri sendiri kerana mengkhianati hubungan ikhlas antara kita. Aku kata sayang pada kau tetapi perbuatan aku tak mencerminkan semua itu. Aku tak serius dalam hubungan kita sebelum ini. Kerana itu, pertama kali melihat Julie versi masa lalu, aku menjadi lebih menyayangi kau tak kisah dari masa lalu atau sekarang. Aku belajar banyak semenjak duduk menjadi kentang.

Pasal peperangan itu, kerana inilah puncanya. Etherland mengambil peluang untuk attack Greenrich dari segala sisi. Apa yang aku tahu, Etherland ada trust issue dengan sikap kerajaan Greenrich. Kadang-kadang, sistem barter dari Greenrich kurang daripada apa yang diberikan oleh Etherland. Pertukaran antara bunga herba dan tanaman tidak berjalan selari dengan apa yang dijanjikan. Etherland menyimpan rasa tidak puas hati itu. dan Greenrich tetap pijak kepala Etherland. Tidak jujur dalam bertukar barangan barter.

Peluang yang baik digunakan oleh Etherland apabila aku bersikap acuh tak acuh dalam hubungan kita. Dan lebih tidak direstui apabila wizard macam aku ni berlagak depan parents kau yang lebih hebat ilmu kuasanya. Antara Etherland dan Greenrich, masing-masing ada kuasa. Etherland tidak menggunakan ilmu sihir tetapi mereka ada kuasa tersendiri—emerfire. Manakala, Greenrich memang terkenal dengan beberapa manusia yang boleh menggunakan sihir secara legal. Tetapi, kebanyakan mereka yang mempunyai ilmu itu cumalah orang tertentu. Etherland boleh menggunakan kuasanya dengan membawa balik manusia ke masa lalu dan terus kekal di dalamnya. Dan, Greenrich boleh menarik keluar manusia yang berada di sana. Seperti mana aku bawak kau keluar ke zaman sekarang. Zaman asal kita berdua. Itulah hikmah kau dicampak ke masa lalu dan aku menjadi kentang.”

Asiv tersenyum nipis. Hati yang berat kini menjadi ringan dan lapang seluas lautan dan langit di bumi Etherland. Tenang dan damai menjemput masuk dalam rumah hati Asiv.

Dia menoleh ke sebelah. Juliette sudah tersedu-sedan sambil tertunduk. Tangan gadis itu menggenggam erat tangannya. Asiv tersentuh melihat kepolosan hati Juliette. Matanya menjadi panas. Teruk macam manapun dirinya, gadis itu sentiasa ada dan tidak pernah komplen apa-apa.

Asiv melepaskan genggaman. Tubuh Juliette diraih masuk dalam dakapan. Didakap erat seperti tidak mahu dilepaskan lagi.

“Aku sayang kau, Julie. Sangat-sangat.”

Juliette membalas pelukan Asiv. “Saya juga. Asiv, jangan pergi.” Pintanya. Tangisan masih berlagu, menyayat hati seorang Asiv. Asiv mengetap bibir. Kenapa, Julie boleh merasakan hal sedemikian?

………………………………….

Istana Gherlin begitu senyap sunyi tidak seperti kota Greenrich. Bingkai gambar besar menghiasi istana Greenrich. Dalam setiap jarak lima meter, akan ada gambar bernyawa bersaiz tinggi kanak-kanak. Semua gambar itu bergerak setiap masa. Mata Queen Emelda memandang ke arah bola cermin yang memaparkan sketsa Asiv dan Juliette berpelukan.

“Mother, please spare Asiv.” Mohon Duenda, kakak kepada Asiv. Dia berdiri di sebelah ibunya, menatap bersama ke dalam bola cermin. Queen Emelda memadam layar kejadian dalam bola cermin. Dia melengak ke arah Duenda.

“Dia berhak bahagia mother. Mother kan mengintai dia selama ini? Dia baik-baik saja kan?” Duenda bersuara lagi, jelas membackup adik bongsunya.

Queen Emelda mendiamkan diri. Dia menatap ke hadapan. Salah satu gambar rumah putih yang mempunyai kincir air berputar di dalamnya ditatapnya.

“Sejarah pasti akan berulang.” Gumamnya rendah.

Duenda mengerutkan dahi. Dia menatap gambar yang ditenung bagai nak tembus oleh ibunya. Dia juga seakan ditarik masuk ke dalam masa lalu yang ada pada gambar tersebut. Itu adalah masa lalu kedua ibu bapanya.

“Duenda.” Seru Queen Emelda.

Mata mereka bertentangan.

“Dapatkan rawatan menyeluruh untuk luka dalaman Asiv. Dia tengah bleeding teruk kat dalam. Rawatan yang Julie beri tidak akan bertahan lama. Dan pastikan, kamu yang jumpa Asiv terlebih dahulu sebelum orang-orang mother.”

Duenda membesarkan mata. Dia pantas mengangguk. “Baik mother.” Lengan jubah dinaikkan ke wajah. Dia pantas bertukar menjadi seekor burung hantu berwarna coklat keemasan. Ada lambang Gherlin pada tengah dahinya. Dia pantas terbang ke udara meninggalkan Queen Emelda yang dalam diam menyimpan rasa gusar dalam jiwa. Kecederaan Asiv akibat pembakaran besar-besaran kentang dahulu telah menyebabkan naluri keibuannya meronta mahu menyelamatkan sang anak.

~Update next day~

Comments

Popular Posts