JULIETTE AND POTATO BOY (CHAPTER 7)

“Aku tak pergi mana-mana la Julie. Aku masih di sini.” Asiv tersenyum manis. Rambut yang berjuntai di dahi Juliette diusik lalu dibawa ke tepi, diselit celah telinga gadis itu. Roman wajah Juliette begitu manis dan menenangkan jiwa Asiv.

Sisa air mata Juliette disapu dengan ibu jari Asiv. “Jangan nangis lagi, Julie. Nanti aku kiss baru tahu.” Gurau Asiv lalu tersengih. Lengannya terus dicubit. Asiv menggosok lengan sambil mengaduh manja.

“Awak la puncanya.” Monyok muka Juliette. Dia menyah sisa tangisan dengan hujung lengan baju.

“Hmm, lepas ni kita gerak ke Butterwitch kan?” soal Juliette sambil berdiri. Asiv turut bangun namun tetiba dia terbatuk-batuk kuat. Melengking sampai sakit soket dada. Dia menekan dadanya yang terasa sebu tanpa dipinta.

“Hah, itu pun mereka!”

Spontan, Juliette dan Asiv berpaling ke arah suara yang melaung dari jauh itu. Asiv yang masih batuk terus menolak tubuh Juliette masuk dalam cabin. Beg sling gadis itu diselongkar. Hoodie halimunan disarungkan ke tubuh Juliette.

“Cepat, Julie. Kau kena pergi dari sini. Tak ada dah tempat yang selamat untuk kau duduki lepas ini. Ini port last kita, Julie.”

Julie menangis semula. Dia cuba membuka hoodie namun ditegah oleh Asiv yang nampak lemah dan cedera dari dalam itu.

“Apa maksud awak, Asiv? Port last apa ni? Kenapa suruh saya pergi? Kita pergi sama-sama. Awak dah janji, kan takkan tinggalkan saya?” semakin menjadi-jadi tangisan Juliette. Pandangan berbalam melihat Asiv depan mata.

Asiv menggeleng. Senyuman tawar berlabuh di bibir. “Itu janji kau untuk aku, bukan janji aku pada kau, Julie.”

Juliette meraung kecil. Dia menggeleng-geleng keras. “Saya tak nak pergi. Awak tipu. Kita dah janji untuk sentiasa bersama-sama. Jangan mungkiri janji awak Asiv.” Air matanya meleleh ke pipi.

“Pergi, Julie sebelum mereka tangkap kau. Pergi, lari sejauh-jauh yang mungkin. Jangan risau, aku akan cari kau lepas ni. Bahagia akan menjadi milik kita selepas ini. Percayalah, Julie.”

Juliette menggeleng deras. Air matanya galak mengalir mengalir seperti paip bocor. Wajah snow itu bertukar merah menyala dan lencun dengan air mata.

“Tak nak, Asiv. Tak nak. Awak dahlah sakit. Kenapa awak suruh saya pergi?” Juliette mendakap tubuh kekasihnya.

Asiv menolak lemah. “Please, Julie. Please go. Mereka berada di sekeliling kita dah. Bila-bila masa mereka boleh ambush kita. Dengar cakap aku Julie. Please. Just run away as far as you can.” Perlahan nadanya. Tubuh Juliette ditolak supaya pergi. Asiv akhirnya terjelepuk depan gadis itu.

Juliette mengetap bibir yang menggeletar. Dia melutut dekat dengan Asiv yang menunduk dek batuk yang melengking.

“Asiv.” Air matanya meleleh. Tidak sanggup mahu meninggalkan lelaki itu seorang diri sementelah dia mengalami kecederaan serius.

Asiv perlahan mendongak. Dia terkedu tatkala bibirnya ditindih oleh ulas bibir Juliette.

“Saya akan tuntut janji awak. Jaga diri.”

Itu pesanan terakhir Juliette sebelum dia pergi melangkah menjauhi Asiv. Pandangan Asiv sayu menghantar langkah Juliette yang lenyap tidak ternampak kerana baju halimunan itu. Dada Asiv semakin berdenyut sakit. Nafasnya tercungap-cungap merebut udara. Dalam fikiran, dia sudah menyerah diri kepada manusia yang menjumpai tapak persembunyian mereka.

Pandangan Asiv semakin lama semakin berat. Kepala terasa berpusing. Perkataan terakhir didengarnya entah dari siapa sebelum dia rebah tidak sedarkan diri.

“Asiv!”

…………………………..

Selama sebulan lamanya Asiv dirawat oleh orang kepercayaan Queen Emelda. Tiga orang didatangkan untuk merawatnya, namun orang yang terakhir adalah yang paling berjaya dalam menyembuhkan sakit dalaman Asiv. Kecederaan Asiv begitu serius disebabkan kuasa sihir yang pernah digunakannya dalam penghidupan kentang selama beberapa bulan ke belakang ketika di Forestville dahulu. Tahap sihir yang digunakan dalam skala maksimum, dan menyebabkan dia turut cedera ketika pemusnahan kentang McWilliam yang disabotaj oleh empat orang rakyat biasa di Forestville. Hukuman mati dijatuhkan kepada empat orang yang menyebabkan nyawa putera bongsu Greenrich terancam.

Sehingga sekarang, Asiv masih belum sedarkan diri walaupun dalamannya sudah sembuh sepenuhnya.

Fover memeluk tubuh sambil merenung wajah Asiv yang damai dalam lena. Matanya bertemu pandang dengan Duenda.

“Dua bulan dia koma. Tak ada tanda langsung nak bangun.” Komen Fover.

“Beri dia masa untuk berehat. Terlalu banyak dia cedera sebab pakai sihir untuk benda yang tak bawak manfaat kepada dia selama ni.” kata Duenda.

Fover mengerut dahi. “Dia bantu keluarga McWilliam kut. Kita dah banyak terhutang budi pada keluarga itu. Kau tak ingat?”

“Mustahil aku lupa. Sebab itulah aku bersyukur jugak kerana adik kita ni jenis berbudi bahasa. Dia tahu aku simpan dia di Forestville, rumah keluarga McWilliam, dan dia sudi untuk membantu mana yang patut. Dia rela diri sendiri sakit kerana membantu keluarga itu.”

Fover angguk kecil. “Tetapi pulangan dia boleh tahan teruk. Terbantai Asiv sampai sekarang.”

Duenda menghela nafas panjang. “Dia selamat dalam jagaan keluarga itu namun orang kampung pulak yang buat masalah.”

Fover mendengus lemah. Dia menunduk termenung ke arah lantai. Kalau dikira jasa keluarga McWilliam, memang tak terkira. Kerana merekalah, keluarga Franklin terselamat dari kehancuran giga Etherland. Suatu ketika dahulu, moyang keluarga Franklin dan keluarga Earl sibuk berseteru kerana masing-masing tamak haloba dengan hasil bumi yang ada. Tidak pernah mahu membuat hubungan diplomasi. Wujudnya manusia yang ikhlas dan baik hati seperti McWilliam sekeluarga, mereka membantu menghapuskan kuasa luar biasa yang tak dapat dibaca Greenrich ketika itu.

“Tapi sayang, keluarga McWilliam sudah tiada. Aku kira nak melawat kubur mereka selepas ini. Kau nak ikut?” Tak ada angin, tetiba Fover mahu ke tempat pengebumian pasangan emas itu pulak.

Duenda mengerutkan dahi kerana dua perkara. Namun seperkara saja yang dikomen. “Buang tabiat kau ni, Fover.”

Fover ketawa kecil. “Buang tabiat lama aje, Duen. Jom la. Aku rindu dengan orang tua tu. Sweet betul meninggal sama-sama. Aku ni, belum dikurniakan pasangan padahal umur pun dah lanjut. Tak apalah. Ada kau, kan? Jomlah kita berdoa supaya mati sama-sama. Kan sweet adik-beradik mati bersama? Tak gitu?”

Duenda menganga. Dia menggeleng kepala. Bahunya yang dipeluk terus diungkai. Geram dengan cadangan doa mengarut Fover.

“Helo, aku dah ada tunang ek. Kau tak payah mengada nak mati bersama dengan aku. Shuh!” Duenda terus menolak tubuh Fover. Meletus tawa kuat dari mulut abangnya yang sengal itu.

Tangan Duenda ditarik sehingga keluar dari bilik Asiv. “Jomlah melawat Duen. Ish kau ni. Pergi kubur pun malas. Esok-esok kau mati, tak ada yang nak melawat baru tahu!” leternya. Duenda pantas menarik lengan Fover.

“Yelah. Yelah. Kau ni bisinglah mengalahkan mother!” omel Duenda. Mereka melangkah menjauhi bilik Asiv yang sudah ditutup rapat sebelum keluar sebentar tadi.

…………………….

Mahu tak mahu, Duenda yang sebal tetap mengikuti langkah Fover. Dari kota Greenrich, mereka berjalan kaki menuju ke kuburan yang terletak di Forestville itu.

“Apahal kita berjalan kaki pulak ni? Kau tak ada kuda ke nak pakai?” Duenda mulai merungut. Baru separuh jalan sudah lelah. Macam manalah agaknya manusia yang mencari kerja atau keluar bekerja dari Forestville ke kota ini? Pasti awal pagi subuh lagi mereka sudah keluar kerana perjalanan kaki pasti mengambil masa yang agak lama untuk sampai.

“Kau ni lembiklah. Macam mana nak tadbir Forestville lepas ni gila kalau asyik nak merungut?” sakit hati Fover dengan adik perempuannya. Ada saja benda nak disungutkan. Tadi ajak ke kuburan pun bukan main mengelat. Berjalan kaki ni pun banyak betul isu. Geram betul.

Bahu Fover pantas ditampar. Fover membalas dengan mencubit kedua pipi Duenda sehingga naik merah. Masing-masing tak mahu kalah.

“Kawasan aku bukan Forestville gila. Tak hingin aku nak duduk dalam sejarah mother father!”

“Tak apa. nanti aku suruh mother kelolakan wilayah Forestville ke atas kau. Kau ganti Stunwell dengan Asiv.”

“Kurang ajar kau Fover!”

“Kurang adab punya adik!”

Mereka masih berbalah. Manusia yang lalu-lalang naik hairan dengan putera dan puteri Greenrich itu. Terkebil-kebil mereka melihat sketsa dua beradik yang tiada tanda mahu habis bergaduh. Dibiarkan saja mereka dengan perangai kebudak-budakan itu. Sesetengah warga tua terhibur melihat pergaduhan mereka.

“Sudahlah! Kau pergi sendiri melawat kubur tu. Aku tak nak ikut!” Duenda menjerit geram. Dia terus berpusing tubuh, mahu kembali ke istana.

“Huh! Tak nak pun kau teman! Tak mati pun la kalau kau tak teman!” laung Fover. Dia berdehem kecil tatkala baharu menyedari mata-mata memandang ke arahnya. Panas pipi. Dia membetulkan baju mewah di tubuh. Senyuman yang mengusik dari beberapa wajah itu tidak dilayan. Tak guna punya Duen. Malu habis aku sebab bergaduh dengan dia macam anjing dan kucing depan rakyat jelata. Cis!

Fover mempercepatkan langkah kerana cuaca tetiba mendung. Takut hujan di tengah jalan pulak. Namun dia ditahan oleh seorang warga tua yang duduk di luar kedai. Langkahnya dihalang oleh sekaki payung.

Fover tersenyum manis. Dia mengeluarkan wang dari saku namun nenek tua itu menggeleng kecil.

“Ambil saja tuan.”

“Terima kasih wahai nenek yang jelita.”

Nenek itu cuma mengangguk kecil. Fover memegang payung sambil berjalan menelusuri jalan-jalan kecil yang menuntunnya ke arah Forestville. Dia tidak pernah lagi ke sana selepas kematian keluarga McWilliam itu. Semasa kecil, dia puas bermain kincir air bersama Duenda di sana. Bukan itu saja, tanaman keluarga itu semuanya habis dipetik. Budak-budak apa tahu. Semua benda jadi mainan ketika itu.

Fover tersenyum simpul mengenang kenangan yang telah menjadi memori manis ketika zaman kecilnya itu.

Sesampai di Forestville, hujan lebat membasahi bumi Greenrich. Pembuka tahun disajikan dengan hujan. Fover berdoa diam-diam dalam hujan. Semoga Asiv kembali bangun. Dia tidak sabar mahu membuli Asiv yang sudah dewasa panjang itu.

Fover memanjat bukit menuju ke rumah putih di atas sana. Kincir air yang besar semakin lama semakin memenuhi kornea. Senyuman lebar ditarik. Kuburan yang terletak sedikit jauh dari kediaman keluarga McWillam dihampiri. Fover mengerutkan dahi ketika melihat seorang gadis berteleku di antara kedua kuburan berbatu nisan panjang itu.

Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan gadis berambut kuning itu.

Fover lambat-lambat mendekatinya. Dia memayungi tubuh gadis yang sudah lencun dengan air hujan itu. Dia memerhatikan tingkahnya. Langsung tiada pergerakan. Tidurkah?

Fover duduk mencangkung di sebelah sang gadis. Bahunya digoncang lembut. “Miss.”

Diam.

“Miss, jangan tidur di kuburan. Tak elok. Nanti kena bawak balik ke alam jin.” Sempat dia berjenaka namun hanya dibalas oleh derasnya hujan.

“Miss. Bangunlah.” Bahunya digoncang lebih kuat.

“Siv…”

“Hah? Miss cakap apa?” Fover mendekatkan telinganya ke bibir gadis itu.

“Siv….”

Dahi Fover berkedut seribu. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Entah apa yang diomelkan oleh gadis muda itu pun Fover tidak faham. Dia mengeluh berat. Tak boleh jadi ni. Takkan nak biar budak ni tidur dalam hujan? Demam panas karang.

Fover mengikut kata hati. Dia mengambil keputusan untuk membawa pulang gadis itu ke rumah. Tubuh gadis itu dibawa ke belakang tubuh, diangkat secara piggy back. Postur tubuh kembali dibetulkan. Tetiba terlintas dalam fikiran muka bengis Duenda. Fover menjelir lidah siap-siap. Kisah pulak aku kalau dia berleter macam mak nenek bila tengok aku bawak kawan pulang istana?

Fover terus melangkah menjauhi kuburan selepas dia berdoa buat sepasang warga emas itu.

……………………

Naik hairan Fover ketika mana Duenda melihat kawan yang dibawa masuk ke istana itu namun tiada sebarang riak marah pada wajah adiknya. Riak risau adalah. Fover malas ambil pusing. Dia kembali ke bilik bacaan Queen Emelda selepas membaringkan gadis berambut kuning itu ke atas tilam. Bilik tetamu ditinggalkan.

Duenda memandang seraut wajah Juliette. Mustahil dia tak mengenali kekasih adiknya ini. Tetapi, pelik kerana Fover tidak mengenali Juliette. Duenda memutar bola mata ke atas. Abang macam dia tu semua benda pun tak tahu. Geram betul. Tapi nasib baik, dia membawa Juliette yang tertidur di kuburan ke sini. Kalau tidak, entah apa akan jadi.

Duenda mendekati Juliette. Rambut yang terjuntai di dahi dia tebak ke belakang selembut yang mungkin. Kenapa kau ada di Greenrich, Julie?

Tubuh Juliette yang lencun dengan air hujan ditatap. Duenda melalukan tapak tangannya ke atas tubuh gadis itu. Spontan, tubuh Juliette berganti sarung dengan gaun tidur.

Tangan Duenda meraba dahi Juliette. Panas. Mata Duenda membesar. Turun jemarinya meraba leher dan belakang leher. Sama panas seperti di dahi. Ah, sudah!

Duenda meneguk air liur. Asiv yang tak sudah tidur, Julie yang tetiba demam. Aduh, aduh.

“Pasangan sejoli betul.” Duenda terus meninggalkan Juliette di bilik tetamu. Dia mahu memanggil dayang istana untuk menguruskan Juliette yang demam. Manakala, Duenda mahu memasak sesuatu untuk gadis itu. Dalam keadaan demam, mesti tekak cuma masuk dengan bubur.

………………..

Juliette mencelikkan mata. Luas bukaannya ketika menyedari dia bukan lagi di kuburan tetapi entah di mana. Dia bangun lalu melatari segenap inci ruang bilik yang maha luas itu. Terkebil-kebil melihat tatarias yang jelas adalah milik orang bangsawan punya stail, sama seperti Etherland.

Seketika, dia terjeda. Entah-entah dia berada di rumah ahli bangsawan sekarang ini? Matanya melilau mencari klu untuk jawapan yang bermain dalam minda.

Tetiba, kepalanya terasa berat dan berpusing seperti gasing. Juliette kembali berbaring. Dia merenung siling bilik yang luas itu. Tekak terasa berpasir. Tubuhnya yang panas menghilangkan separuh air dari dalam badan. Dalam kepayahan, Juliette bangun.

Lambat-lambat dia menapak mencari bilik air dalam bilik. Pintu ditolak. Dia menadah tangan di singki. Air paip dihirup kasar. Lama. Setelah terasa perut penuh dengan air, barulah Juliette kembali ke katil. Dia memerhatikan semula interior bilik.

Tidak puas hati, kakinya gatal mahu menapak keluar. Pintu dibuka perlahan. Kepalanya terintai-intai ke luar di kaki lima. Luas. Lebih luas berbanding biliknya. Juliette meneguk air liur. Betullah dia dalam istana. Matanya terlihat logo obor api pada bendera yang berkibar di satu sudut. Juliette membulatkan mata. Istana Greenrich! Patutlah susun atur dalamannya serupa istana di Etherland. Cuma warna interior jauh berbeza. Greenrich bertemakan coklat muda dan hijau manakala Etherland berwarna kuning keemasan.

Dada Juliette berdebar tanpa dipinta.

Kakinya melangkah perlahan sambil kepala mendongak memerhatikan setiap bilik. Setiap bilik di kaki lima itu entah berapa kaki jauhnya di antara bilik yang lain. Jenuh Juliette mahu berjalan. Walaupun dia seorang puteri Etherland, namun dia membesar di Forestville, kampung yang kaya dengan hasil tanaman sayuran dan buah-buahan. Di kediaman McWilliam, mereka cuma focus kepada tanaman sayuran. Ia kerana mahu memberi laluan kepada orang kampung yang bercucuk tanaman buah-buahan pulak.

Seiring mendewasa, Juliette sibuk belajar di Gordon Hill yang terletak di barat Greenrich. Dan bertemu dengan Asiv si budak sihir yang mencuri friesnya. Bermula dari situ, mereka kerap berjumpa dan berkawan. Apabila mula berasa selesa dengan perangai masing-masing, mereka pun menjalinkan hubungan cinta.

Juliette mulai lenguh. Tercungap berjalan yang seperti tiada jalan mati. Dia meletak tangan di salah satu bilik. Merehatkan diri. Kepalanya kembali terasa berpusing. Tetiba, pintu dikuak dari dalam membuatkan tubuh Juliette turut senget bersama ditarik oleh graviti.

Dia hampir terjelepuk kalau tiada tangan yang menariknya. Pinggangnya yang ditarik mampu menyelamatkan punggungnya daripada terhentak dengan karpet tebal bilik.

“Terima kasih.”

Juliette angkat wajah.

Masing-masing terpempan.

Asiv tidak mengerdipkan mata melihat kehadiran Juliette.

“Aaa—” Terkelu lidah Juliette membuka suara. Dia membetulkan postur tubuh selepas dilepaskan oleh Asiv. Tersenyum kekok dia buatnya. Hatinya belum bersedia penuh untuk bertemu semula dengan lelaki itu.

Dia pantas angkat kaki, namun satu tangan menolak daun pintu rapat. Sejuk segenap pembuluh darah Juliette. Jantungnya sudah hilang entah ke mana. Langsung tidak mahu menolong dalam menghadapi susuk tubuh Asiv yang telah lama dirindui itu.

Juliette tidak berani memalingkan tubuh ke belakang. Terasa pinggangnya berlingkar dengan kedua tangan. Dipeluk erat. Sesak nafas dibuatnya.

“Julie…” serak suara Asiv memecahkan kesunyian antara mereka.

“Aku rindu kau…” kepala dibenam ke leher gadis itu. “Memang betullah kau ni Julie. Bau Mythief kau strong macam selalu.”

Mata Juliette berkaca.

“Aku rindukan bau ni. Dalam mimpi tak puas hidu.”

Menitik air mata Juliette. Mahu menyata rindu namun lidahnya terasa dipasung ketat. Entah kenapa, bersemu satu wajah.

Juliette membiarkan belakang tubuhnya dipeluk erat oleh Asiv. “Badan kau suam-suam panas la, Julie. Sedap.”

Juliette sudah tidak tahan. Malunya bertingkat-tingkat tatkala Asiv seperti mula mengarut. Dia pantas mengungkai pelukan. Tubuh dipaling ke belakang.

“Asiv, awak dah sihat?”

“Sakit balik bila kau tak pedulikan aku.” tubuh Juliette ditarik semula, rapat ke tubuh. Didakap kemas.

Juliette menelan air liur. Panas wajahnya dengan tingkah Asiv. Adakah ini semua di luar kawalan lelaki itu atau memang dalam keadaan sepenuh sedar?

Terpaksa Juliette merelakan dirinya tersembam dalam pelukan Asiv yang maha kemas. Lelaki itu tiada tanda mahu melepaskannya.

“Asiv!” pintu bilik dikuak lebar.

Fover tergamam. Matanya terbuntang luas. “Hah?!”

Asiv nyata tidak peduli dengan riak terkejut beruk Fover manakala Juliette sudah sorok muka dalam dada Asiv. Nak rungkai pelukan, memang mimpi la. Pelukan Asiv begitu ketat sampai naik sesak nafas dibuatnya namun tidak dipedulikan olehnya.

“Wait, wait, Asiv. Kenapa kau peluk perempuan yang aku baru kutip kat kubur tadi ni?”

Asiv menoleh ke arah abangnya. Tajam pandangannya menjeling Fover. “Ini kekasih akulah.”

Fover menganga luas. Duenda muncul di belakang Fover.

“Eh, Julie ada kat sini dah? Hebat betul naluri budak berdua ni ya.”

Juliette ketap bibir dalam rangkulan erat Asiv. Wajahnya berada di takat lebur.

Fover terbeliak. “Apa ni? Apa ni? Aku tak faham. Siapa budak rambut kuning ni?”

Duenda pandang Fover. Dia menggeleng kecil. “Lembab la kau ni Fover. Inilah cucu McWillam merangkap bakal adik ipar kau. Itupun tak tahu.” Tempelaknya selamba lalu mendekati Asiv dan Juliette.

Fover jatuh rahang. Dia mengurut pelipis. Aku makan semut banyak sangat ke hari ni sampai jadi dungu semacam?

“Asiv, bagi Julie berehat dulu. Dia tengah demam tu. Kang kau terjangkit pulak.” Tegur Duenda.

Juliette yang dari tadi berdiam diri terus menolak kuat rangkulan Asiv sehingga terlepas. Lengan Duenda ditariknya sehingga keluar dari bilik. Terus melangkah tanpa melihat ke belakang lagi. Mukanya merah padam dengan keselambaan Asiv yang berterusan memeluknya di hadapan Fover dan Duenda.

“Kesian budak tu. Bukan kau aje nak berehat, dia pun kena berehat, kau tahu?” kata Fover.

Asiv tertunduk. “Aku rindu dia la Fover.” Luahnya tanpa segan-silu.

Dia peluk bahu adiknya. “Kau tunggu ajelah lepas kahwin. Tak keluar bilik pun tak apa. Tak ada orang nak bising.” Usik Fover.

Merah muka Asiv. Fover tak beragak langsung nak buat lawak pun!

 ~Update next day~

Comments