JULIETTE AND POTATO BOY (CHAPTER 8)

Kereta kuda berhenti di perkarangan istana Wulyin, Etherland. Kerajaan itu sudah maklum akan kedatangan pihak istana Queenrich. Hubungan perdamaian akan dilakukan. Peperangan yang hampir meletus akan sedaya upaya dihapuskan. Nyaris hubungan negara kejiranan itu musnah akibat hubungan anak masing-masing kalau Collide tidak masuk campur tangan segera mungkin dalam perjumpaan besar-besaran dalam kalangan pembesar istana Etherland.

Jantung Juliette berdebar kencang. Dia yang sudah didandan dan dipakaikan baju mewah persis layaknya seorang puteri oleh Duenda, menapak keluar dari kereta kuda setelah huluran tangan Avis terjulur ke arahnya. Mahu tidak mahu, dia memberanikan untuk keluar. Kembali semula kepada Etherland. Mungkin itu lebih baik untuk dirinya.

Juliette berdiri, menyentuh lantai simen istana tapak kelahirannya. Bendera Etherland yang berkibar megah di atas tembok dilihat. Dadanya semakin sesak dengan pelbagai perkara. Kali terakhir dia bertemu dengan kedua ibu bapanya adalah ketika dia dihantar ke Forestville, tempat nenek dan atuk. Yang mana ia adalah kembali ke zaman lalunya. Ia merupakan hukuman berat kerana kedua ibu bapanya jelas memarahinya yang menjalankan hubungan dengan seorang budak sihir yang berlagak.

Semoga segalanya menemui jalan yang terbaik. Untuk Greenrich dan juga Asiv. Itu doa tulus paling dalam Juliette.

Asiv menggenggam tangan Juliette, menyedarkan gadis itu daripada terus mengelamun panjang. Asiv melempar senyuman paling tenang yang Juliette pernah lihat.

“Jangan risau. Everything will be fine.” Dia menitip kata-kata buat Juliette. Kekura tangan gadis itu ditarik ke wajah, dikucup lembut. Cuba memberi sokongan terhadap gadis yang sedang berada dalam keraguan yang nyata itu. Fover menjulingkan mata memandang pasangan sejoli itu. Duenda tersenyum mengusik kepada Fover. Dia menyenggol bahu abangnya. Tahu abangnya itu cemburu dengan kemesraan antara Asiv dan Juliette.

Melihat orang istana menyambut kedatangan King Franklin dan Queen Emelda serta beberapa orang atasan Queenrich, Fover, Duenda mengikuti langkah mereka semua. Asiv dan Juliette membuntuti lambat dari belakang.

Juliette datang menghadap di balai istana. Dia merendahkan sedikit tubuh sambil mengangkat sisi kiri dan kanan baju dress kembang yang dihadiahi oleh Duenda. Kelihatan King Earl dan Queen Sweedling berdiri selepas melihat anak gadis mereka depan mata.

Queen Sweedling mendekati Juliette. Dia merapatkan tubuh lalu dipeluknya anak gadisnya yang sudah besar dewasa itu. Seingatnya, Juliette baharu berusia enam belas tahun ketika dia menghantarnya ke Greenrich. Dalam tebakannya, mungkin sekarang usia puterinya itu sudah menjangkau dua puluh tahun.

Juliette tergamam. Mengalir air matanya saat dipeluk erat oleh ibu sendiri. Esak tangisan sang ibu jelas kedengaran. Juliette membalas pelukan hangat itu. Selama dia hidup, ini baru kali pertama dia merasa rindu dengan pelukan seorang ibu. Entah kenapa, barulah dia terasa bahawa kasih ibu sentiasa ada untuknya.

“You’ve grown so much, Jue.” Queen Sweedling memberi komen sambil mengusap kedua pipi Juliette. Pipi kanan dan kiri anak gadisnya dicium bertalu. Juliette tersentuh. Air mata semakin galak menuruni pipi.

“Mama minta maaf sebab campak Jue ke zaman kecil Jue. Mama bersalah kerana terlalu ikutkan perasaan. Maafkan mama Jue. Maafkan khilaf mama…” Teresak-esak Queen Sweedling di hadapan Juliette. “Selepas Jue pergi, barulah mama sedar, mama rindukan anak mama yang seorang ini. Mama bersalah sebab menghukum Jue sedemikian rupa padahal Jue cumalah budak remaja yang belum mengenal erti dunia luar sebenar ketika itu.”

Juliette cuma mengangguk-angguk. Air mata diseka. Tak terdaya mahu melontar sebarang butir bicara. Terkelu melihat tangisan dan kata-kata maaf dari Queen. King Earl menghampiri mereka berdua.

“Jue, anak papa.” Seru King Earl syahdu.

King Earl memeluk Juliette dan isterinya. Mereka berdakapan lama.

Warga istana tersentuh melihat jejak kasih antara King Earl, Queen Sweedling dan anak mereka. Sudah terlalu lama mereka tidak menyaksi sketsa yang menyentuh hati seperti itu. Ada dalam kalangan mereka yang pernah menyaksikan pengusiran Juliette ke Greenrich dahulu.

Pintu balai diketuk. Muncul seorang pengawal. Terpegun dia tatkala semua mata terarah kepadanya. Dia turut tercengang melihat jejak kasih antara anak-beranak itu. Dia tersenyum kekok kerana terasa mata-mata dalam balai tajam memandang ke arahnya.

“Maaf mengganggu. Pihak Greenrich sudah sampai, tuan, puan.” Dia menyampaikan utusan lalu menapak ke belakang.

Seketika, terjengul figura Queen Emelda, King Franklin dan tiga orang anaknya serta tiga orang pengawal khas Greenrich. Queen Sweedling dan King Earl mempersilakan mereka masuk. Juliette menyeka sisa air mata. Pandangannya bertemu dengan Asiv. Dia menggigit bibir. Dadanya mulai berdebar tak sekata. Penentuan untuk penyatuan hati antara mereka akan bermula sebentar lagi. Hatinya mulai gelisah.

Tetapi, melihatkan ibunya selamba berpelukan dengan Queen Emelda dan papa bersalaman erat dengan senyuman manis bersama King Franklin membuatkan Juliette tercengang. Fover dan Duenda menunduk hormat kepada kedua raja dan permaisuri agung Etherland. Asiv juga melakukan hal yang sama.

Asiv memberanikan diri menghadap King Earl dan Queen Sweedling. Dia menundukkan kepala lama sebelum mengangkatnya semula. Perbuatannya mencuri perhatian kedua ibu bapanya, Fover, Duenda, Juliette dan seluruh warga istana yang ada di balai.

“Saya Asivienct, putera bongsu Greenrich. Saya nak meminta maaf atas kesilapan lalu saya. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang dahulu lagi.” Asiv menundukkan kepala semula. Lama.

King Earl dan Queen Sweedling saling berpandangan. Mereka terpegun dengan keberanian Asiv meminta maaf. Mereka maklum bahawa pernah ada seorang budak sihir yang menjalin hubungan dengan puteri mereka, tetapi tidak pulak mereka perasan kalau pemuda di hadapan dan budak sihir itu adalah orang sama. Terlalu banyak perbezaan antara mereka berdua. Hanya setelah Asiv menyata maaf, mereka menebak bahawa dua orang itu adalah orang yang sama.

Putera bongsu Greenrich itu memiliki rupa paras yang menarik. Wajahnya begitu matang secocok usianya. Pakaian yang tersarung di tubuh juga kemas dan mewah, layak seorang putera raja. Dia mempunyai tubuh sederhana tegap, sesuai dengan ketinggian yang dimilikinya. Rambut perang mudanya tersikat rapi. Sungguh jauh bezanya ketika dia masih remaja.

Melihat King Earl dan Queen Sweedling yang terpegun, Asiv terus menggigit dinding pipi. Hatinya dihentak rasa kecewa. Spontan, dia melutut di hadapan pasangan kerajaan Etherland itu.

Ternganga semua orang yang menonton. Queen Emelda dan Queen Sweedling menekup mulut. Juliette mengetap bibir. Duenda tersentak. Fover buat muka terkejut beruknya.

“Tolong berikan saya ruang untuk membaiki kesilapan saya. Izinkan saya memperisterikan puteri bongsu tuan dan puan. Saya mahu Juliette menjadi suri hati saya sampai hayat saya terhenti.” Terketar-ketar suara Asiv melontar keluar. Tidak kira apapun keputusan negatif yang bakal diterima, dia akan bertaruh sehingga mendapat jawapan positif daripada pasangan itu.

Queen Sweedling terus memegang bahu Asiv, menyuruh lelaki itu bangun semula. Namun, Asiv mengeraskan tubuh. Dia takkan berganjak selagi tiada jawapan yang didengarinya.

“Maaf. Saya nakkan jawapan segera, permaisuri.” Nyata Asiv.

Queen Sweedling tersenyum lebar. Boleh tahan strong will budak ni, desisnya dalam hati.

“Bangun dulu, Asiv.”

Asiv diam membatu. Kepala masih tertunduk ke lantai.

King Franklin sudah tersengih. Queen Emelda menggeleng kecil. Masak sungguh dengan anaknya yang seorang itu. Fover dan Duenda saling menyenggol bahu. Duenda seronok mengutuk Fover sambil berbisik di telinga abangnya. Juliette menyatukan kedua tangan. Diramas-ramas lembut. Hatinya turut berdebar menanti jawapan daripada mulut kedua ibu bapanya.

Tetiba, King Earl ketawa kuat.

Barulah Asiv mendongak. Semua mata terarah kepada King Earl yang tetiba terhibur.

“Kamu ni memang berani la. Saya suka perangai kamu. Hahaha.” Bahu Asiv ditepuk-tepuk oleh King Earl lalu menariknya sehingga bangun. Asiv tercengang memandang wajah girang raja itu.

Semua terkulat-kulat mendengar kata-kata raja agung Etherland.

“Sayang, esok majlis. What do you say?” King Earl memandang permaisurinya.

Seisi balai istana ternganga luas. Semua jatuh rahang termasuk Asiv dan Juliette.

………………..

Majlis perkahwinan berlangsung dengan meriah sekali. Istana Etherland menyerlah dengan bendera berwarna-warni yang dikibar sepanjang tembok ke satu tembok yang lain. Belon-belon berterbangan di udara. Dalam dan luar istana dipenuhi dengan rakyat jelata yang turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan antara puteri negeri itu dan putera Greenrich. Dari atas tembok, kelihatan raja dan permaisuri agung Greenrich dan Etherland, menatap majlis yang sedang berlangsung. Wajah masing-masing gembira sambil berbual kosong di situ. Perkarangan istana diminta untuk dikosongkan ruangannya kerana sebentar lagi akan ada majlis tari-menari.

“Untuk memeriahkan lagi majlis hari ini, dijemput semua untuk mencari pasangan bagi menari!” Fover selaku emcee menjerit girang. Duenda di samping tunangnya cuma tersengih. Fover memang all out kalau ada event. Almaklumlah, event besar-besaran Etherland sangat jarang berlaku. Mungkin selepas perkahwinan Asiv dan Juliette, akan ada lagi majlis untuk Duenda pulak.

Duenda mengerling ke arah Asiv dan Juliette yang tampak bergaduh kecil tak jauh darinya. Dia tersenyum lebar. Tidak sangka adiknya bertemu jodoh dahulu daripada mereka. Dia tidak pernah kisah sekiranya Asiv melangkah bendul dirinya. Terlebih lagi Fover. Abangnya itu tidak pernah peduli akan hal sedemikian. Yang dia tahu, cuma mengusik Asiv dengan menyuruh memberinya anak buah banyak-banyak. Duenda tergelak sendiri. Ada-ada saja. Dia menitip doa dalam hati akan kebahagiaan antara adiknya dan Juliette. Semoga sentiasa diiringi dengan kebahagiaan hati dan jiwa.

Tunangnya, Oligure menarik tangan Duenda, menyentakkannya daripada lamunan. Duenda mengangguk kecil ketika diajak untuk menari bersama.

“Tak naklah! Saya tak retilah.” Juliette menarik semula tangannya.

“Tak apa. Aku bantu. Jomlah.” Gesa Asiv. Lengan Juliette ditarik ke tengah altar. Sungguh tak gentleman. Juliette monyok. Dia menampar bahu Asiv. Asiv menggosok bahu sambil mengerut dahi.

“Apahal ni? Hari majlis kita pun nak marah-marah.” Giliran Asiv tarik muka. Geram dengan tingkah Juliette yang sungguh kisah akan ketidakpandaiannya dalam menari.

Juliette mencerlung mata ke arah Asiv. Dia berpeluk tubuh. “Mana ada orang ajak menari gaya nak menculik. Awak aje seorang macam ni.” luahnya. Dia memaling wajah, dagu terdongak tegak. Sakit hati dengan cara Asiv.

Asiv terkebil-kebil. Matanya mencari-cari cara tepat untuk mengajak wanita menari. Di hujung, dia melihat seorang lelaki sedang mencuba nasib untuk mengajak seorang gadis menjadi pasangan tarinya. Asiv melongo panjang. No wonder Julie marah sungguh. Asiv rasa nak tergelak. Sejak bila pulak gadis pujaan hatinya reti marah sebab benda ni aje?

Asiv menatap muka snow Juliette yang kian merah.

“Sudikah isteri saya untuk menjadi pasangan tari saya?” Asiv menjulur tangan ke arah Juliette dengan membongkok sedikit tubuh. Akhirnya, Juliette tersenyum lebar. Mukanya merah mendengar suara lunak Asiv, yang jelas mahu memujuknya.

“Raise your hand, put here.” Tangan kiri Juliette diletak atas bahunya. “Pegang lengan aku.” tangan kanan Juliette didorong naik ke lengan.

“Macam ni dah elok ke?”

“Cun.” Asiv terus menarik pinggang Juliette rapat dengan tubuhnya. Tergamam gadis itu dibuatnya. Tangannya yang berada di lengan terus ditangkap. Disatukan dalam jemari kasar Asiv.

“Awak kata tangan kanan letak kat lengan.”

“Silap. Tangan kanan kau untuk dipegang sebenarnya.”

Juliette buat muka. “Cakap ajelah tak pernah menari.” Perlinya.

Asiv ketawa kecil. “Memanglah. Tapi, lepas ni just wait and see. You’ll gasp when I turn into wild dancer.” Senyumannya panjang penuh makna. Nakal.

Merah pipi Juliette. Alunan yang semakin rancak membuatkan rentak tarian setiap pasangan menjadi berubah. Begitu juga dengan Asiv. Juliette menelan air liur. Kekok dengan setiap langkah Asiv di lantai altar. Penuh karisma.

“Asiv, kita stop la.” Pinta Juliette. Dadanya berdebar mengikut rentak Asiv dan alunan music instrumental yang semakin mendebarkan.

“Dah mula kenalah habiskan terus.” Senyuman nakal Asiv terhias di bibir. “Kau tak suka menari dengan aku ke?”

Juliette diam. Dia menggeleng. “Suka…” Malu mahu mengaku. “Ini guna sihir ke?”

“Kalau dah tak pandai, apa lagi pilihan yang aku ada, kan?”

Juliette tersenyum, tahan bibir dari ketawa. Melihat senyuman menawan itu, pantas membuatkan Asiv mendekatkan dahinya dengan dahi Juliette.

“Kau dah pandai mengusik hati aku ya sekarang.” Bisiknya depan wajah Juliette.

Juliette diam. Tak berani menentang anak mata Asiv.

“Asiv, kenapa pantai…?” Juliette mengubah topik bicara.

Tetiba tubuhnya didorong menjauhi Asiv. Music semakin rancak. Asiv menarik tangan Juliette semula. Menangkap kemas pinggang gadis itu. Juliette hampir tidak bernafas dengan jenis tarian itu. Kepalanya terasa berbinar kerana berpusing tanpa sedar.

“Pantai apa?”

“Pantai—” sekali lagi dia terpusing ke sisi, setakat sepanjang tangan Asiv mampu menyambutnya semula.

“Kau ni pelupa la, Julie. Pantai Brunee itu kan tempat dating pertama kita selepas official couple dulu. Aku ingat kau recognize pantai tu. Rupanya tetaplah tak ada serpihan memori kita yang kau ingat.” Bagitau Asiv.

Juliette terkedu. Dia pun perasan akan hal itu. Entah kenapa tiada sisa memori yang betul-betul diingatinya kecuali setelah diberitahu Asiv.

“Terjejaskah hubungan kita kalau saya tak ingat perkara lalu?”

Asiv menentang anak mata Juliette yang berkilauan. Penuh duka.

“It’s okay, Julie. Everything takes time to heal. Lagi-lagi sebuah memori.” Kata Asiv. Dia mendekatkan wajah. Hidungnya digesel lembut ke pucuk hidung Juliette. Gadis itu terpempan.

“Sentuhan pertama yang aku rasa semasa aku menjadi kentang, adalah hidung kau menggesel pipi aku. It’s really warmth and calming myself back then yang masa tu dirundung sedih. Ia cukup menenangkan, Julie. Serasa kau sedang memujuk aku ketika itu.” Senyuman Asiv mekar di bibir.

Melodi music semakin perlahan.

“Tak kisah berapa lama kau mahu mencantum semula memori antara kita berdua. Semua itu tak penting. Kita boleh melakar memori baru bersama-sama lagi. Lagipun, aku tahu bukan senang mahu mengumpul serpihan yang telah lenyap dalam kotak kenangan kau. Itu adalah akibat aku menarik kau secara paksa ketika kita kembali zaman sekarang. Maafkan aku kerana tak cakna akan perasaan kau.” Ucap Asiv. Dia tahu Juliette bersedih kerana terpaksa meninggalkan masa lalunya, tetapi mereka tiada pilihan ketika itu. Semua kejadian berlaku dengan pantas.

Mata Juliette berkaca. Dia menggeleng tanda bahawa Asiv tidak bersalah. “Saya faham semua itu, Asiv.”

Asiv tidak mahu melihat tangisan Juliette. Dia pantas melepaskan pinggang Juliette lalu mengangkat tinggi lengan gadis itu. Tubuh Juliette dipusingkan beberapa kali sebelum disambut semula. Musik berada pada penghujungnya. Asiv pantas merangkul pinggang Juliette lalu mengangkatnya ke udara.

Tepukan gemuruh berada di mana-mana saat Asiv mengangkat tubuh Juliette. Mata mereka bertentangan.

“I hate your tears.”

Seketika kemudian, Asiv menurunkan Juliette perlahan-lahan kembali. Dahi mereka berlaga.

“But I love your smiles.”

Kedua pipi Juliette diusap-usap kasih. “I love you, my bride.” Bisik Asiv. Juliette tersipu malu. Dia menekur lantai altar. Keriuhan para tetamu yang turut hadir menari sebentar tadi tidak sudah-sudah menggamatkan suasana. Siap ada yang bersiul tanda seronok melihat persembahan tarian pasangan mempelai itu.

“Nak menari lagi?” soal Asiv, mengusik.

Pantas Juliette menggeleng. “No. I’m good.” Yang tadi pun macam nak pengsan rasa. Takkan la dia nak repeat lagi? Memang tak masuk akal la tu.

Asiv tertawa. Dia merangkul bahu Juliette lalu mereka berjalan ke arah meja. Sempat Asiv melambai ke arah tetamu yang memerhatikan mereka, si raja sehari. Sedang Asiv mencapai gelas tinggi, Juliette yang berada di sebelahnya terus ditarik seseorang.

“Hi, sweetheart.” Tangan Juliette dibawa ke bibir lalu dikucup selamba. Juliette tergamam. Lelaki yang memakai topeng mata tersenyum lebar ke arahnya. Di sebalik topeng, sebelah matanya terkenyit nakal.

“Congratulations on your wedding day.” Ucapnya.

Juliette menarik tangannya semula namun digenggam erat oleh lelaki tuxedo hitam itu. Bergetar tak senang hati Juliette dengan tingkah laku lelaki tersebut. Asiv yang melihat juga tak senang duduk. Dia menurunkan tangan lelaki yang tidak dikenali itu.

“I’m sorry. Who are you?” Asiv mencelah.

Juliette diam. Aura Asiv terpancar, tidak senang. Dia memeluk bahu isterinya erat sambil mencerlung tajam ke arah lelaki masquerade itu.

Lelaki berambut kuning emas itu tertawa galak. Dia merenung anak mata Juliette yang jelas ketakutan dengan dirinya. Kilauan mata coklat cairnya menyentakkan Juliette.

“Abang?”

“Huh?” Asiv menoleh ke arah Juliette. Seketika kemudian, lelaki tersebut membuka topeng mata.

“Oh-ho, man. You’ve caught me, baby.” Forte ketawa lebih kuat. Asiv tercengang manakala Juliette sudah memeluk tubuh abangnya. Erat. Sungguh dia tak sangka bahawa dia akan bertemu semula dengan Forte.

Forte mengusap belakang adiknya. “Moga bahagia, Jue.” Doanya.

Tumpah air mata Juliette dalam dakapan abangnya. Kepala terangguk kecil. “Terima kasih, abang.”

Asiv melihat jejak kasih antara Juliette dan Forte. Kelmarin, tidak sempat dia menonton sketsa jejak kasih antara kedua ibu bapa Juliette dan gadis itu, tetapi hari ini pandangannya tersaji dengan pertemuan semula sang abang dan adik perempuannya. Bibir Asiv membelah senyuman lega. Dia bersyukur kerana Juliette kembali bersatu dengan ahli keluarganya.

………………………

Juliette selesai menyisir rambutnya. Dayang istana yang ditugaskan untuk mengurus keperluannya disuruh berehat. Dia tidak mahu privasinya diceroboh walaupun setakat disikatkan rambut. Biarlah perkara sebegitu, pagi hari baharu dilakukan oleh dayang istana. Malam, bagi Juliette tak ada keperluan. Malam adalah untuk memberi ruang sendiri kepadanya.

Juliette menatap wajah dalam cermin. Dia menghela nafas berat. Ada kemungkinan Asiv akan lambat pulang ke bilik pengantin memandangkan lelaki itu sibuk melayan tetamu dari Collide yang baharu sampai lewat senja tadi. Lelaki itu masih ada urusan dalam menyantuni tetamu walaupun hari sudah lewat malam. Namun, Juliette ditegah daripada mengikuti acara itu. Asiv menyuruhnya supaya berehat puas-puas.

Juliette termenung sambil membelai hujung rambut ikal kuningnya. Terlintas dalam minda akan sesuatu. Dia menggigit bibir. Dalam hati, dia berharap kalau kantoi dengan Asiv, lelaki itu tidak akan memarahinya.

Perlahan, dia berdiri. Gaun tidur ditatap lama. Perlu tukar ke tak? Dia termangu seketika sebelum mengambil keputusan untuk tetap dengan gaun yang paras bawah lutut itu. Juliette membuka pintu bilik perlahan mungkin. Kepala diintai ke kiri dan kanan. Ruangan kaki lima istana Wulyin senyap sepi. Dia tarik senyuman. Line clear setakat ini.

Juliette menyelinap keluar. Dia terus berlari laju tanpa bunyi ke arah tangga di hujung. Terlihat ada pengawal yang berjaga, dia pantas menyorokkan tubuh di balik dinding. Terasa adrenalin rush dalam segenap badan. Bila lagi nak buat macam ni kan? Dia tersenyum simpul dalam diam.

Lambat-lambat, dia menampakkan diri kepada pengawal yang bertugas di hujung tangga.

“Eh, puan nak ke mana?” dia pandang Juliette atas bawah.

“Saya nak ke dapur sekejap.” Juliette tersenyum. Dia melangkah tenang lalu melambai pengawal itu. pengawal istana sekadar tunduk hormat dengan wajah serius. Juliette lambat-lambat masuk melalui dapur. Diintai isi dapur yang sangat luas itu. Tiada sesiapa di situ.

Juliette melangkah seperlahan mungkin lalu terus berlari ke arah pintu belakang. Pintu kayu yang berat itu ditolak selaknya lalu dia melangkah keluar. Dia terus berlari jauh sedikit dari ruang belakang istana. Merasa sudah tercungap, Juliette memperlahankan langkah.

Dia melengak ke langit malam. Bayu dihirup sedalam mungkin. Bau bunga herba meruap ke udara. Di mana-mana, bau haruman pelbagai jenis bunga herba mengusik mucus. Barulah Juliette ingat, selama ini, bunga-bunga itu dipetik dalam istana kerana kebun bunga herba dibina oleh Queen Etherland itu sendiri. Sejak kecil, ibunya sangat meminati hidupan bunga herba. Beberapa jenis bunga herba ditanam dalam kebun dan perkarangan istana. Dan Juliette yang masih kecil ketika itu, sibuk memetik sehingga botak licin kelopak bunga. Akhirnya, Juliette dilarang untuk bermain di belakang istana. Dan dua orang dayang diminta untuk menemaninya bermain setiap pagi dan petang.

Juliette tersenyum kecil mengenang memori itu.

Minat terhadap bunga herba menurun ke Juliette. Dari kecil, dia suka memetik. Menjelang remaja, dia belajar mengenai bunga-bunga tersebut. Tidak kira untuk dijadikan herba atau minyak wangi, dia meminati segala ilmu berkaitan dengan tumbuhan itu.

Sedang dia asyik mengelamun, dari jauh pandangannya disapa dengan kunang-kunang yang bertebaran di udara malam. Juliette menarik senyum lebar. Bersinar binar matanya melihat haiwan yang mempunyai lampu di punggung itu.

“Wah, cantiknya!”

Juliette terpegun sambil memegang kunang-kunang yang berkelip indah. Dia memusingkan tubuh, mahu menangkap kunang-kunang yang ada di sekitar tetapi terasa tubuhnya terlanggar sesuatu di belakang.

Pinggang Juliette ditarik. Gadis itu membulatkan mata melihat Asiv mencerlung tepat ke anak matanya. Hidungnya pantas dicubit geram.

“Err, hai.” Siap melambai dengan senyuman kelat.

“Hai konon.” Sekali lagi, hidungnya dicubit, perlahan. “Pantang ya tengok line clear. Nak kena ikat kaki tu supaya tak berjalan ke mana-mana, baru tahu. Suka sangat merayau. Tahu kan, malam ini malam pertama kita menjadi suami isteri, kenapa keluar? Tak takut kena baham makhluk buas ke hah?” Asiv mula membebel sambil bercekak pinggang. Julitte dilepaskan.

Juliette tersengih. Lucu pulak dengar Asiv mengomel. “Mana ada binatang buas dalam istana.” Bidasnya. Asiv saja nak buat drama.

Asiv memicing mata. “Ni kenapa keluar ni?” dapat dihidu niat sebenar Juliette. Kuat seperti bau bunga herba yang bertiup lembut di udara sekarang. Agaknya nak memetik bunga kut.

Juliette tersenyum. Dia berjalan ke hadapan. Matanya meliar memandang kunang-kunang yang menari di ruang angkasa. “Saya jarang ada kesempatan untuk melepak ambil angin malam walaupun hidup nomad sebelum ini. Semasa bersembunyi di Schill pun, awak kerap suruh saya tidur awal. Tak pernah ada momen malam-malam seperti ini.” Dia melontar pandang ke arah Asiv yang membuntuti langkahnya.

Asiv buat muka. “Dah kau perempuan. Kalau lelaki tadi, aku ajaklah melepak walaupun sejuk sekalipun.” Bayu yang bertiup semakin lama semakin terasa naik suhunya. Asiv membuka baju yang agak tebal lalu disarung ke tubuh Juliette. Dia kini berbaju tidur, sama seperti gadis itu. Usai menyantuni tetamunya dari Collide, dia naik ke bilik pengantin tetapi batang hidung Juliette tak kelihatan. Dia syak gadis itu merayau di luar istana.  

Juliette tersenyum kecil. Itu rupanya alasan Asiv. Sepanjang pengembaraan dengan lelaki itu, tidak pernah sekalipun dia mengambil kesempatan terhadap Juliette. Hati kecil Juliette terusik dengan kejujuran dan kesantunan Asiv yang menjaganya dengan begitu baik sekali, sejak di Forestville sehingga mereka kembali ke zaman kini.

“Angin malam tak berapa elok untuk perempuan. Sebab tu, aku suruh kau tidur awal. Lagipun, kau bangun awal mengurus semua benda. Jadi, malam perlu berehat.” Kata Asiv lagi. “Bukan sibuk melepak tengok kelip-kelip macam sekarang.” Sekali lagi, tangannya naik menyepit hidung Juliette, dicubit geram.

Juliette tarik muncung. Dia menggosok pucuk hidung yang menjadi bahan usikan Asiv sejak tadi.

“Sorry.” Ucap Juliette akhirnya. Tidak mahu meninggalkan rasa bersalah kerana jelas Asiv tidak memberi keizinan untuk berjalan malam.

Asiv mengusap kepala Juliette. Hujung rambut yang curly ditarik perlahan lalu dibawa ke hidung. “Bau apa ni? Aku perasan sejak kita kahwin pagi tadi sehingga sekarang, bau haruman kau lain macam. Bukan mythief seperti kebiasaan yang kau pakai.”

“Sebenarnya sebab inilah saya keluar. Saya nak cari bunga mythief. Tapi dari tadi tak nampak kelibat bunga tu. Suka betul mythief tu menyorok.” Muka Juliette monyok. Dalam fikiran sudah membayangkan pohon mythief yang mematikan diri setiap kali ada manusia yang nampak akan dirinya.

Asiv tertawa. Terhibur dengan kata-kata Juliette. “Biar betul mythief macam tu? Jadi, selama ni macam mana kau tangkap bunga tu?”

Cemberut wajah Juliette. “Saya nampak bunga tu, saya terus cekik siap-siap supaya dia tak matikan diri dia. Dah la kalau dia dah matikan diri, agak lama nak kembang balik. So, lepas saya cekik tu, mythief tahu dia dah kena tangkap dan akan membiarkan kelompaknya lebih kembang dan bersinar.”

Asiv melongo. Perkara baharu baginya. Selama ini, dia tahu belajar sihir aje.

“Sebab tulah, bau dia mahal.” Juliette tersengih.

Asiv membalas sengihan itu. “Kesukaan aku tu.” Merah muka Juliette mendengar pengakuan lelaki itu. “So, bau yang sekarang bunga apa?”

“Bunga blossom. Bau dia rose mix lavender. Kebanyakan gadis bangsawan memakai bau ini. Terkenal dalam kalangan mereka.” Bagitahu Juliette.

Asiv hela nafas panjang. “Baunya sedap tetapi terlalu common. Tak payah la pakai lagi. Aku nak kau kekalkan mythief aje. That’s your mark for me.” Arahnya.

Juliette tersenyum malu. Kepala lambat-lambat mengangguk. Matanya melilau tajam ke sekitarnya. Mencari jejak mythief dalam sinar bantuan kunang-kunang. Bunga-bunga yang tumbuh kemas di sepanjang mahu ke kebun, dibelek-belek Juliette.

“Tapi tak senang nak—”

Tetiba sejambak bunga herba mythief menyapa pandangan. Juliette yang terbongkok sedikit menjadi tergamam. Tubuh diluruskan. Mythief disambut perlahan-lahan.

“Macam mana awak dapatkan?”

“Hah. Senang aje. Mereka tahu aku nak guna sihir, pakat serah diri terus.” Asiv ketawa sambil bercekak pinggang. Terasa terhibur dengan telatah mythief yang serupa kanak-kanak ketakutan tengok hantu.

Bau mythief dicium dalam-dalam oleh Juliette. Dia tersenyum panjang. Dengan sejambak macam ni, boleh dapat dalam lima botol minyak wangi. Hatinya berasa senang dengan pemberian Asiv. Tidak perlu lagi dia mencari-cari mythief yang kerjanya asyik menyorok bila nak dipetik.

Asiv senang hati melihat senyuman Juliette.

“Sekarang dah tercapai hasrat kau merayau. Dah, jom balik bilik. Aku dah menggigil ni.” dia pura-pura bagi alasan padahal tatkala Juliette tidak melihat ke arahnya, Asiv sedaya upaya menahan kuap yang semakin lama semakin parah. Juliette angguk kecil. Mereka berpimpin tangan masuk ke istana.

~update next day~

Comments

Popular Posts