JULIETTE AND POTATO BOY (CHAPTER 9 END)
Beberapa bulan kemudian…
Duenda
membuntangkan mata melihat sign board kecil tertulis open pada pintu kedai
Herbs&Body. Dia pantas meluru ke pintu lalu wind chime bamboo berceratuk
mengalihkan pandangan pemilik kedai yang sedang berurusan dengan pelanggan.
Sang pemilik kedai tersenyum lebar lalu menunduk hormat sebelum pelanggannya
pulang sambil menggendong satu beg kertas coklat.
“Julie!”
Duenda
menjerit kecil. Riak wajahnya jelas tidak senang dengan tingkah Juliette.
Wanita berambut pendek biru gelap itu mencekak pinggang depan adik iparnya.
“Kan Asiv
dah pesan jangan buat kerja? Kenapa bukak kedai?” Merah muka Duenda. Nadanya
naik seoktaf. Budak berdua ni, masing-masing berkongsi sifat yang sama—degil
tak boleh bincang.
Juliette
tersengih.
“Ala akak
ni. Saya bosanlah duduk rumah.” Luahnya. Setiap kali, kalau kantoi bukak kedai dengan
Duenda, itu saja alasannya. Bosan. Naik pening Duenda dengan sikap degil
Juliette. Amanah Asiv kepadanya nampaknya begitu susah untuk dijalani kerana
disangkanya Juliette senang untuk diuruskan. Rupanya, nampak saja gadis itu
berroman wajah lembut namun hatinya keras, sama seperti Asiv yang suka buat
kepala sendiri.
Duenda
mengeluh berat. Apalah nasib kena jaga Juliette yang berperangai macam ni. Baik
jaga pokok bunga herba lebih baik. Menghadap cerewet penjagaan pokok lebih
senang daripada menjaga Juliette yang tak dengar cakap ini.
“Dah
berapa kali macam ni, Julie. Kalau kantoi dek Asiv, akak nak lepas diri. Tak
nak terlibat. Tak nak kena marah oleh budak itu.” luah Duenda. Dia menggeleng
kepala. Dia dapat rasa bahawa Juliette tidak pernah nampak Asiv mengamuk
sebelum ini. Kalau dia dah tahu bagaimana teruknya Asiv ketika marah, mungkin
Duenda tidak akan nampak sebarang kedegilan Juliette yang sekarang.
Juliette
tersenyum mengusik. “Baik kak. Eh, Asiv reti ke marah?”
Duenda
menganga. “No joke, Julie. Asiv tu kalau dah marah, satu istana
tunggang-langgang.” Hanya itu yang mampu diberitahunya. Selebihnya, biarlah
Juliette mengalami sendiri. Biar dia tahu betapa menakutkan seorang wizard
tatkala marah.
Juliette
terpegun. Dia mencongak dalam kepala. Selama hidup bersama Asiv, lelaki itu
suka mengusik saja. Lelaki yang penuh dengan emosi gembira dan ceria, selalu
menghidupkan suasana antara mereka.
Duenda
menghela nafas panjang. Matanya menyapu segenap inci ruang dalam kedai yang
menjual pelbagai barangan herba dan minyak wangi. Bau kedai itu sungguh enak
aromanya. Bau wangi bunga dan herba bersatu dalam ruangan udara.
“Dah la.
Akak nak balik. Tutup cepat kedai ni. Kang kantoi betul, naya Julie. Naya jugak
akak. Tutup cepat ya.” Duenda berpesan banyak kali sebelum melangkah keluar.
Hatinya risau dengan Juliette. Tetapi lagi risau dengan Asiv sekiranya adiknya
itu tahu dia tidak menjalankan amanah dengan baik selama pengembaraan Asiv
menjadi wizard ternama di Collide. Sejak kahwin, Asiv berjinak-jinak dalam
belajar memahiri dengan lebih dalam kuasa sihirnya. Dia belajar menggunakan
sihir untuk kebaikan. Tidak lagi untuk suka-suka seperti zaman remajanya
dahulu.
Sudah enam
purnama Asiv tidak balik ke istana. Duenda maklum akan hal itu. Dia begitu
sibuk belajar sehingga susah untuk mencuri masa pulang ke Greenrich. Namun,
sesekali Duenda akan mengutus surat Juliette kepada Asiv. Bercerita singkat dan
bertanya khabar berita kepada Asiv. Duenda tahu bahawa Juliette merasa sunyi
selepas pemergian Asiv. Kerana itulah, dia dengan senang hati menerima
permintaan Asiv agar menemani Juliette sepanjang pengembaraannya.
Dengan
adanya Juliette di sisi, Duenda punya teman rapat. Tidak lagi hanya Fover dan
dayang istana saja. Hadap Juliette lebih baik daripada hadap Fover yang tak
sudah meroyan mahu mengahwini peteri kedua Collide. Angan-angan Fover itu
cumalah sekadar angan Mat Jendul. Tak adanya Fover mahu merealisasikan
impiannya yang satu itu kerana awal-awal lagi Fover bersangka buruk bahawa dia
akan ditolak mentah-mentah kerana gap umur sangat jauh, dalam 10 tahun. Duenda
menggeleng kepala. Malas nak komen apa-apa. Yang penting, dia sudah bahagia
bersama Colligure.
Hal Fover
ditolak tepi. Lelaki itu sebenarnya sibuk memegang tampuk kerajaan Greenrich
sampaikan tiada masa untuk mencapai cita-citanya mahu berkahwin. Duenda
melengak ke arah langit yang kelabu. Dia mengerling ke arah kedai Juliette di
seberang sana. Dalam diam, dia berharap Juliette cepat-cepat menutup kedai.
Hatinya berasa gusar dengan keselambaan gadis itu.
Juliette
menghela nafas panjang. Sudah berbuih rasanya mulut Duenda menyuruhnya agar
tidak membuka kedai, namun tidak pernah didengarinya. Lambat-lambat Juliette
turun dari kerusi. Dia menepuk-nepuk debu di dress separa kembang berwarna ungu
lembut. Topi bulat berwarna coklat bereben merah dicapai lalu disarung ke
kepala. dia melangkah perlahan menuju ke pintu. Sign buka terbalikkan ke
belakang. Dia menutup rapat kedai lalu menguncinya.
Juliette
melangkah pulang. Langkahnya diiringi dengan angin yang tetiba bertiup kuat
sehingga pokok-pokok ru disekitarnya bergoyang deras. Awan yang mendung dan
kelam, perlahan memuntahkan titisan air. Juliette terkejut. Terlalu jarang bumi
Greenrich ditimpa hujan. Sekarang bukanlah masanya kerana hujan akan kerap
muncul tatkala pertengahan tahun saja. Sekarang sudah masuk hujung tahun.
Juliette melangkah laju sambil memeluk tubuh. Dia terlupa sungguh mahu mencapai
sekaki payung yang berada di belakang pintu kedai sebentar tadi.
Entah
kenapa, Juliette dapat merasakan bahawa hujan itu bukanlah hujan kebiasaan yang
menimpa Greenrich. Hatinya mulai berdebar namun langkahnya juga semakin laju
dihayun. Sudahlah rumahnya agak jauh dari kedai Herbs&body. Memang naya
kalau terkena hujan lebat. Juliette terus berlari dan berlari, memijak tanah
yang mulai berlopak kecil. Sebelum lebat, dia harus sampai ke rumah terlebih
dahulu.
Walaupun
tercungap-cungap, Juliette meneruskan larian. Tiba di rumahnya, Juliette
berura-ura mahu menerpa masuk ke dalam namun dia terpegun melihat Asiv yang
membelakanginya. Jantung Juliette berdegup lebih pantas. Kali ini, bukan kerana
larian tetapi kerana kantoi dengan Asiv!
Tercengang
Juliette melihat kiri dan kanan belakang tubuh Asiv yang ditumbuhi dengan sayap
berwarna coklat keemasan. Semakin lama, sayap itu mengembang luas. Tubuh
Juliette menggeletar. Tak tertelan air liurnya melihat Asiv yang berubah kepada
seekor burung besar semacam helang.
“Aku dah
kata, duduk rumah…” Nada itu beku dan tinggi, menjangkau bunyi bising hujan
yang mulai lebat. Serentak dengan nada itu, petir sambung-menyambung. Guruh
kedengaran menghentam seluruh angkasa serasa boleh membutakan mata sesiapa saja
yang melihatnya.
Julitte
semakin menggeletar. Dia terpaku dengan kemarahan Asiv yang tercetus. Tidak
disangkanya, amaran Duenda yang saban hari mengingatkan agar jangan ke
mana-mana cumalah sekadar amaran biasa.
“Maafkan
saya, Asiv…” terketar-ketar Juliette mengungkap kata.
Lambat-lambat
Asiv mengerling ke belakang. Wajahnya begitu bengis.
“Kau
pentingkan diri kau sendiri!” laung Asiv keras lalu dia terbang meluru pintu
rumah yang terbuka. Dikatup kuat sehingga berdentum.
Terhenggut
bahu Juliette mendengar hempasan pintu itu. dia menelan air liur kesat.
Lambat-lambat dia melangkah mendekati pintu rumah. Dia masuk, mencari susuk
tubuh Asiv yang sudah duduk di sofa. Sayap yang mengembang kembali menguncup
lalu menyerap masuk ke tubuh semula. Wajah Asiv yang berbulu lebat juga sudah kembali
normal.
“Maafkan
saya, Asiv.” Pohonnya.
Asiv
menutup mata sambil kepala melengak ke siling. Dia menyandar tubuh. Tidak
membalas apa-apa. Hatinya masih terluka dengan perbuatan Juliette yang tidak
reti duduk diam di rumah. Perempuan itu sibuk buat operasi jual-beli dalam
keadaannya tidak berapa sihat.
“Berapa
kali kau bukak kedai sebelum ini?”
Juliette
menelan air liur. Teragak-agak mahu membuka mulut.
“Berapa
kali, Julie?”
“Enam.”
Terketar Juliette memberitahu.
“Make it
detail.” Perlahan suara Asiv.
“Setiap
bulan, sekali. Semenjak awak mula berangkat pergi.”
Asiv mencelikkan
mata. Aura garang terpancar dari tubuh. Suara dari dalam dirinya berderam
marah.
“Kau
langgar perintah aku, Julie.”
Juliette
menundukkan wajah. Tangan yang menggeletar dia genggam. Takut melihat wajah
Asiv yang menyinga. Tak terkata ketakutan yang menyelimuti seluruh tubuh
Juliette tatkala melihat lelaki itu mengamuk. Betullah kata Duenda sejak tadi.
Amukan Asiv tidak boleh dipandang remeh.
“Maafkan
saya.” Suara Juliette jelas menggeletar pada pendengaran Asiv.
“Jangan
menangis. Aku tak suka tengok.” Asiv berkata dingin. Dia tidak mengerling
langsung ke arah Juliette.
Juliette
mengemam bibir. Dia memujuk mata supaya tidak mengeluarkan sebarang air.
Suaranya juga sedaya upaya menyah getaran. Tidak mahu menumpahkan sebarang air
mata untuk meraih kesian Asiv. Dia yang bersalah, jadi dia perlu berhadapan
dengan segala kemarahan Asiv.
Jeda.
Asiv
mahupun Juliette berdiam diri. Asiv bangun lalu melangkah ke arah bilik tidur.
Juliette mengetap bibir. Dia mempercepatkan langkah lalu lengan Asiv dicapai
namun lelaki itu segera menepis kuat tangan Juliette. Sayap yang terbenam dalam
tubuh kembali mengembang lalu berkepak-kepak.
“Don’t
touch me.” Nada Asiv begitu tajam. Sama tajam dengan pandangan yang serasa
boleh membunuh kornea Juliette.
Juliette menitiskan
air mata spontan. Dadanya terasa sakit dihentam libasan lengan Asiv.
“Asiv…”
dia mahu mencapai semula lengan Asiv namun Asiv mahu meluru ke bilik. Sepantas
kilat juga Juliette menahan di depan muka pintu. Menghalang Asiv daripada masuk
ke dalam.
Asiv
berderam marah. Sungguh bengang dengan perangai Juliette itu. Habis
barang-barang dalam rumah meruap ke udara. Pasu bunga, perhiasan kaca jatuh
berderai ditarik graviti.
“Maafkan
saya, Asiv. Please… jangan marah lagi.” Rayu Juliette.
“Ke tepi.”
Kata Asiv. Jiwanya kembali dirasuk amukan tanpa dapat dikawal.
Seketika
kemudian, seekor burung hantu terbang masuk melalui tingkap jendela yang sudah
pecah. Asiv dan Juliette memandang ke arahnya. Kerutan dahi Asiv muncul.
“Brown?”
Brown
hinggap di lantai lalu berputar. Duenda muncul di sebalik asap. Asiv
membuntangkan mata. Selama ini, Brown adalah Duenda?
“Stop all
of this, Asiv! Kau membahayakan nyawa Juliette dan kandungan dia!” Duenda
bengang lalu dia menampar kuat pipi Asiv yang seakan dikawal oleh sihirnya.
Asiv terpegun. Lambat-lambat sayapnya kembali terbenam masuk tubuh. Rupanya
tidak lagi bengis dan menakutkan seperti tadi.
Asiv
kembali normal. Dia menundukkan wajah.
“Sorry,
Julie.” Ucapnya lemah. Duenda menjeling adiknya. Dia memandang ke arah Juliette
yang kini terjelepuk di lantai. Mata Duenda membesar. Dia berlari mendapatkan
Juliette.
“Julie,
kau okay?”
Juliette
pengsan di pangkuan Duenda. Asiv terpegun melihat Duenda menepuk-nepuk pipi
isterinya yang sudah tidak sedarkan diri.
…………………………
Kucupan
pada dahi yang hangat mengusik tidur lena Juliette yang panjang. Dia tersentak
melihat Asiv depan mata. Di belakang lelaki itu ada Duenda dan Fover.
Masing-masing menghampiri rapat ke katil Juliette.
“Nasib
baik tabib Chun kata kau tak ada apa-apa. Kau dan baby selamat, Julie. Jangan
risau.” Beritahu Duenda seraya tersenyum. Tangan Juliette dipegang. Senyuman
Duenda mati tatkala mengerling ke arah Asiv yang berdiri dekat dengan
isterinya.
“Entah apa
nasib kau kalau aku tak datang cepat-cepat. Asiv betul-betul hilang diri dia
bila marah. Tak ada rupa manusia langsung dah.” Perli Duenda.
Fover
sengih. “Mesti burukkan muka Asiv jadi burung helang?” sempat dia join grup
Duenda, mengutuk depan-depan adik mereka.
Juliette
hanya diam. Sebelah tangannya naik mengusap perutnya di bawah selimut.
“Sangat.
Comel lagi jadi burung hantu.”
Asiv ketap
bibir. “Diamlah. Tak guna betul. Selama ni kau tipu aku. Sejak bila kau pandai
menyamr jadi burung hantu hah?”
Fover
ketawa. Duenda angkat bahu. Dia menjelir lidah ke arah Asiv. “Tak payah
tahulah. Penyibuk.”
Asiv
menjeling kakaknya.
“Bukan kau
aje yang belajar sihir. Kami pun. Keluarga kita memang berdarah sihir, kan? Kau
tak payah nak hairan la. Kau nak tengok aku bertukar tak?”
Asiv
jongket kening sebelah. Duenda memandang Fover. Dia tidak pernah tahu Fover
boleh menyamar sebagai haiwan apa. Mereka masing-masing baru mengenali
penyamaran satu sama lain. Agak kelakar juga bila difikirkan hal itu walaupun
mereka adik-beradik.
Fover
terus memutar tubuh. Dia yang bertukar sebagai burung merpati dengan lambang
istana Greenrich bertenggek di hujung palang katil. Bulunya berbelang coklat
muda dan tua. Berkilauan mewah persis layaknya burung istana. Semua terpegun.
Fover
melompat-lompat kecil ke arah Juliette yang duduk menyandar itu. Dia naik ke
bahunya lalu pipi Juliette digesel selamba dengan paruhnya yang kecil. Asiv
tersentap. Dia mengetap gigi. Fover si burung merpati terus dicekik laju oleh
Asiv. Meronta-ronta burung merpati itu mahu meloloskan diri.
“Kurang
ajar punya abang! Ambil kesempatan ya!” Asiv bengang.
Duenda
tergelak kuat. Juliette tersenyum malu. Dia mengusap pipinya yang menjadi
mangsa ‘kucupan’ Fover. Fover berusaha melepaskan diri. Lepas saja dari
cengkaman kasar Asiv, dia terus terbang keluar dari jendela yang terbuka luas.
Meliang-lintuk langsir tatkala burung merpati coklat itu meluru pergi.
Juliette,
Duenda dan Asiv masing-masing menoleh ke arah tingkap. Seketika kemudian,
Duenda capai jemari Juliette. Digenggam erat sebelum tangannya naik mengusap
ubun-ubun Juliette.
“Mother
dan father kirim salam.”
“Kirim
salam semula.”
Duenda
angguk kecil. Melihatkan Fover yang terbang pergi, dia juga merasakan patut
melakukan hal yang sama. Juliette perlu diberi ruang untuk berehat. Pasti
tubuhnya masih ada sisa terkejut dengan kemarahan Asiv sehingga dia pengsan
selama tiga malam.
Asiv
dipandang. “Jaga Julie dan anak kau baik-baik. Jangan mengamuk lagi.” Rambut
perang muda adiknya digosok-gosok kasar sebelum dia melangkah keluar. Asiv
angguk kecil. Pulangnya Duenda ke istana diiringi melalui ekor mata. Tumpuannya
kini ke arah Juliette yang termenung ke luar jendela. Mata itu sedang khusyuk
melihat pergerakan awan yang redup.
Asiv
mendekati Juliette. Dia duduk di sisi tilam. Ubun-ubun Juliette dibelai lembut.
“Maafkan
aku sebab terlanjur marah pada kau.”
Juliette
tersenyum kecil. “Awak tak salah. Saya yang degil.”
Asiv turut
senyum. “Kau rindu Forestville, kan?”
Tersentak
Juliette. “Macam mana awak tahu?”
“I’ve read
your dreams.”
Juliette
diam. Wajahnya jelas kemurungan kerana hati begitu menggebu rindu pada kampung
halaman nenek dan atuknya itu.
“Sayang.”
Juliette
angkat wajah. Terkejut bukan kepalang dengan panggilan baru Asiv kepadanya.
Asiv tersenyum panjang penuh makna. Dia menjulur tangan ke muka Juliette.
“Nak
tengok ke luar tak?”
Juliette
kelam. Asiv simpan tawa dalam hati melihat wajah blurr isterinya. Tangan
Juliette yang lambat-lambat mencapai tangannya terus ditariknya sehingga
Juliette bangun dari duduk bersandar. Mereka keluar dari rumah.
Juliette
terpana. Tidak percaya dengan pemandangan matanya. Dia pantas menoleh ke
sebelah. Wajah Asiv dipandang.
“Kenapa?”
Asiv
tersenyum lebar. “Sebab rindu kau mendalam terhadap Forestville.”
Juliette
terharu. Air matanya bergenang. Dia memeluk leher Asiv erat. “Thank you, Asiv!
I love you!”
Asiv
membalas pelukan kejap Juliette. “Amboi, bagi Forestville terus cakap I love
you.” Usiknya. Bahu Juliette ditolak lembut.
Juliette
ketawa kecil. Bahunya dipeluk Asiv. “Amacam? Sama tak dengan rumah nenek atuk?”
Dia
berpaling ke sebelah. Kepala terangguk laju. Senyuman tidak lekang dari bibir.
“Sihir awak another level la.” Pujinya ikhlas.
Asiv
tersenyum bangga. Kembang kuncup dada kena puji Juliette. Bibirnya laju melabuh
kucupan pada pipi merah isterinya.
“Aku dah
janji kan sebelum ni? Tapi, agak lewat untuk aku tunaikan.” Matanya melatari
kebun tanaman sayuran di depan rumah. Di tepi rumah putih, terdapat kincir air
bamboo, sama sebijik seperti rumah keluarga McWilliam. Asiv membuat penambahan
dengan menumbuhkan pokok bunga mythief di sepanjang lorong simen kecil menuju
ke rumah.
Juliette
menggeleng. Tangannya berlingkar ke pinggang Asiv. Erat. “This is the pace. Tak
laju, tak lambat. Cukup tepat buat kita.”
Asiv
angguk kecil. Dia tersenyum puas. Bayu Forestville dihirup sedalam mungkin. Bau
tanah yang digembur, tiupan angin kincir air, angin sepoi-sepoi bahasa yang membuatkan
bau floral musk mythief meruap ke udara, sungguh menjemput ketenangan yang luar
biasa dalam dirinya. Diam-diam, dia berkongsi rasa kecintaan kepada Forestville
dengan Juliette. Buktinya, dia sendiri menggunakan sihirnya untuk mengubah
rumah mereka di Kota Greenrich kepada rumah peninggalan nenek dan atuk.
“Entah
kenapa, saya terasa seperti nenek dan atuk masih berada di sini. Masih hidup
dengan baik di samping kita.” Luah Juliette tetiba. Dia melentokkan kepala ke
bahu Asiv.
Asiv
tersenyum lirih. Tangannya erat menggenggam bahu Juliette. “Maaf aku tak dapat
nak alihkan graveyard mereka sekali.”
Juliette
menggeleng. “Ini sudah mencukupi buat saya, Asiv. Kerinduan dalam hati terubat
dengan duduk semula di sini. Terasa lebih dekat dengan mereka.”
“Perhaps they
both can feel that we miss their presence after all this while. Kan?” balas
Asiv.
Juliette
angguk perlahan. “I really miss them so bad.”
Asiv
menggumam setuju. “I really hope that they can watch their grandchildrens play
around and make them headache dengan perangai nakal masing-masing.” Candanya.
Juliette
ketawa kecil. Pinggang Asiv dicuit. Suka betul bergurau.
Asiv
tertawa. Dia memeluk tubuh Juliette dari belakang. Sebelah tangan mengusap
lembut perut besar isterinya yang dilapisi gaun cotton berwarna ungu muda.
Jauh di
sudut hati Asiv, dia berharap satu hari nanti, dia kembali bersama dengan ahli
keluarganya semula. Tak kira bila waktu ajal menjemput, dia cuma mahu terus
berada di samping semua manusia yang dia sayangi.
~FIN~
Footnotes: Helo, Firchad here. JPB sampai di sini saja. I'm sorry for segala kekurangan and flaws all around this novelet. To be honest, I've never been write something like this; genre fantasy. Kalau ada apa-apa penambahbaikan/ kritikan membina, aku mengalu-alukan di ruangan komen. Thanks for reading till the end! ;) Also, please pray for physical book for this novelet JPB. Thanks guy!
Comments
Post a Comment