Saladxtwins (rainbow)

Sesi persekolahan sudah berakhir. Semua kanak-kanak dijemput ibu bapa masing-masing. Begitu juga dengan along dan abang. Mereka menanti tanpa sebarang rungutan. 


Along duduk diam di bangku sambil mata mengejar langkah abang yang mengusik kucing peliharaan entah siapa. Ada tag merah di leher si oren itu.


Nampak aje kereta silver daddy, laju langkah along. Abang lepaskan kucing di tangan. Masing-masing pakat berlumba lari— cop tempat duduk sebelah pemandu. Siap bertolak-tampar bahu lagi. 


Salad yang bukakkan pintu dari dalam sudah memicing mata. Nampak kolar belakang along ditarik kasar oleh abang.


"Abang, it's along turn today. You sit behind." Arah daddy. Tegas!


Abang segera lepaskan kolar baju along. Sempat ditepuk geram belakang kembarnya. Hari tu, along dah sudah. Ni along balik lagi! Balik-balik along aje! Omelannya itu cuma bergaung dalam hati.


Masuk sit belakang, abang memeluk tubuh. Muka monyok. Kening bertaut ketat. Bibir terjuih-juih, mengomel halus. Sempat dijeling along di hadapan. Huh! Suka la tu!


Walaupun abang tak bersuara, tapi, mukanya penuh dengan subtitle. Betapa dia sangat tak puas hati dengan along. Mentanglah along sulung yang cuma beza lima minit, mandatnya besar la kononnya. Tapi kejap, apa tu mandat? Mandat besar? 


"Along! Open the present!" Arah abang. Dia sudah menyelit di handrest. Matanya tak lepas daripada memandang along. Marahnya beberapa minit hilang lesap begitu saja. Sebab baru teringat kembarnya itu ada habuan. Yang boleh dikongsi berdua.


"What present?" Salad menyampuk. Kening sebelah terjongket. Along pantas mengoyak hadiah sempena dapat jawab kuiz Math. 


"Umm, what's this? Ohh—"


Mata abang membesar. "Woah, pop it! Nak satu along!"


Di tangan along, ada tiga jenis popit. Sejenis toy yang ditekan masuk dalam dan menghasilkan bunyi pop. Ada bentuk kereta, kucing dan ikan. 


Abang terus tarik bentuk kucing dari tangan along. "Nak cat! Abang suka cat! Thanks along!" Dia menyeringai seronok. Bola mata bersinar sinar.


Along angguk aje. Pasrah. Faham dengan dengan kegilaan abang itu. Kucing. Satu satunya haiwan yang menarik minatnya. Waktu rehat di sekolah, orang sibuk makan. Dia sibuk bagi makan kucing.


"Kena bagi sebab apa ni?" Salad menyoal rendah. Si sulung dikerling sekilas.


"Umm, dapat jawab semua soalan dengan betul." 


"What question?"


"Math." Mata Along tertancap ke popit kereta. Tangannya bergerak menekan nekan. Ralit.


Abang yang menempel di celah handrest bermain popit sambil mengerutkan dahi. Seakan baru tersedar sesuatu.


"Daddy, rainbow ada 7 colour kan?"


"Haah."


"Tapi, kenapa popit ni tak cukup satu?" Soal abang. Mulutnya berdesir perlahan mengira sambil menyebut, "Red, orange, yellow, green, blue, blue bla—"


"Hah! Blue black takde la daddy. Tetiba pergi violet. Hmmm." Nadanya sungguh tak puas hati.


Salad yang sedang fokus pada pemanduan mengerling sekilas ke sebelah. Dia nampak kerutan di wajah anak keduanya itu.


"Dia bercuti la abang." Along berseloroh.


"Ish, apa pulak?" 


"Dia jadi awan pulak. Dia bosan jadi rainbow." Along menyebut spontan. 


Abang sipikan sepasang mata. Sesaat, kepala menoleh ke arah daddy. Meminta jawapan.


"Kenapa daddy? Kesian dark blue kena tinggal." 


Salad hela nafas. Otak terpaksa bekerja keras untuk menjawab soalan KBAT abang.


"Kilang color kehabisan warna dark blue, abang." 


Dahi abang berkerut seribu. "Habis? Macam mana boleh habis? Dorang takde backup ke macam warna palet daddy?" 


Salad tarik sengih. Dia menjeling abang.


"Dark blue habis sebab dijadikan sebagai baju dan seluar denim mommy." Jawabnya. Cukuplah sekadar untuk mendiamkan abang yang suka betul bertanya. Tak kuasa nak fikir jawapan yang sebenar. 


Abang terdiam. Kerutan di dahi semakin kendur. Dia usap dagu. Ada betulnya apa daddy cakap. Baju mommy semuanya warna dark blue. Agaknya kilang baju tapau semua color dari kilang warna untuk baju mommy sorang!


Sejenak, along pandang abang dan daddy di sebelah kanannya.


"Bukan ke kalau rainbow tak cukup color tu, maksudnya lgbt? Kan daddy kan?"


Salad terkedu. What— 


Dia toleh ke arah along. "Who said that?" Dahi sudah berkerut.


"Umm—" along takut takut nak jawab sebab takut salah. Muka daddy dah menyinga. Salah ke apa dia cakap?


"Teacher. Kalau betul rainbow, kena complete tujuh color. Kalau kurang satu, maksudnya, lgbt." Sambung along, teragak agak.


Salad tergemap. Kenapalah anakku punya soalan macam soalan budak SPM ni? Sebelah lengan ditopang ke sisi pintu. Pelipis dipicit.


"Daddy, apa tu? Lgbt?" 


Hah! Ni lagi sorang!


Salad hela nafas. Kedua tangan menggenggam stereng. Mengumpul segala kekuatan. Balik ni, kau search kat engine Google, Lad!  


"Balik nanti, popit tu abang color pakai akrilik daddy. Blue black, aite? Kasi color semua popit along tu!" Arahnya.


Ini semua salah popit la ni! 


Sikit lagi aku nak berpop yeye kat sini sebab tak jumpa cari jawapan!



Comments

Popular Posts